in

“Makcik Ni Saya Punya” – Wanita Lagak Tenang Walhal Sudah Kantoi Curi Beg Pelajar

Makcik Mencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Makcik Ni Saya Punya" - Wanita Lagak Tenang Walhal Sudah Kantoi Curi Beg Pelajar
Loading
/

Tak sangka pula pada bulan Ramadan yang mulia ini masih ada yang mencemarinya dengan melakukan jenayah. Sampaikan sanggup mencuri di surau pula tu!

Melalui perkongsian di laman Facebook, beberapa orang pelajar telah berjaya menangkap seorang makcik yang kantoi mencuri wang dan telefon bimbit seorang pelajar dekat surau di Melaka Sentral.


Capture 20170602 111135
sumber: facebook

Menurut sumber, pelajar tersebut telah meletakkan beg pakaiannya di bahagian belakang surau untuk menunaikan solat Asar. Pun begitu, beg tersebut hilang selepas pelajar itu selesai bersolat.

Walau bagaimanapun, nasib baiklah pelajar itu mengecam wajah seorang makcik yang dilihat duduk di belakang surau dalam keadaan yang mencurigakan. Menurutnya, makcik itu tidak bersolat dan hanya duduk sambil memandang keadaan sekeliling surau.

Setelah dua jam mencari, makcik tersebut ditemui dan tidak mengakui kesalahannya. Pelajar tersebut kemudian cuba menghubungi nombornya sendiri dan ternyata telefon miliknya berdering di dalam beg tangan makcik tersebut. Aduhai kan dah kantoi!

Bila disoal di manakah beg pakaiannya berada, makcik itu hanya menjawab,

Saya dah buang dalam tong sampah.”

Mudahnya buang barang orang macam tu je!

Capture 20170602 111241
sumber: facebook

Salah seorang dari mangsa sempat merakam adegan makcik tersebut yang diminta untuk mencari semula beg pakaian pelajar yang dicurinya. Jauh juga dia buang beg tu!

Dia juga kelihatan agak pening dan sepertinya terlupa di mana beg tersebut diletakkan.

Walaupun begitu, pelajar tersebut masih juga beradab dalam meminta untuk memeriksa beg makcik tersebut. Baiknya awak… kalau orang lain tak tahulah macam mana. 

Makcik boleh tak nak check beg makcik?”

Apabila barangnya ditemui di dalam beg tersebut, pelajar wanita itu langsung tak marah dan hanya menyebut, “Makcik ni saya punya.”

Capture 20170602 111434
sumber: facebook

Malah pelajar tersebut juga sempat mengingatkan, “Betul ni? Ini bulan puasa ni.” 

Nasib baiklah beg dan wang milik pelajar tersebut dikembalikannya. Walau bagaimanapun beg laptop salah seorang pelajar lagi masih tidak ditemui. Menurutnya, kemungkinan beg laptop tersebut telah diambil oleh seorang makcik lain dan dia kurang perasan akan wajahnya.

Rata-rata pengguna Facebook mengutuk perlakuan makcik tersebut, tambahan pula ia berlaku di bulan yang mulia ini.

Curi 1
sumber: facebook
Curi 2
sumber: facebook

Semoga makcik ini insaf akan kesalahan yang dilakukannya. Tahniah juga kepada pelajar tersebut kerana langsung tak marah-marah semasa kejadian itu berlaku. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara yang baik 🙂

Baca: Gadis Curi Barang Kemas Berjumlah RM50,000 Pada Hari Pertama Kerja di Tesco Kulim

Curi1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.