in

“Makanan tak patut naik? – Ini Semua Yang Korang Perlu Tahu Tentang Kenaikan Cukai Perkhidmatan

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 1 Mac 2024 yang lepas, cukai penjualan dan perkhidmatan (SST) telah pun dinaikkan ke 2 peratus iaitu dari 6 peratus ke 8 peratus.


Ekoran itu, ramai yang risau dengan kenaikan harga yang dilihat makin meningkat sejak kebelakangan ni. Bukan tu je, bila ada kenaikan cukai seperti ini, tiba-tiba akan ada peniaga yang tak sepatutnya naikkan harga pun turut ambil kesempatan.

Jadi, untuk memudahkan korang, artikel kali ini kita akan senaraikan semua benda yang akan terkesan dengan kenaikan SST dan apa yang kekal mengikut peratusan cukai perkhidmatan yang lama. Kalau korang nak tahu, baca dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: Belanjawan 2024: Cukai Perkhidmatan Naik 8%, Cukai Barang Bernilai Diperkenalkan

Artikel berkaitan: Tiada Tindakan Dikenakan Kepada Pengguna Tak Pamer Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital – PDRM

Perkhidmatan yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan

Pada 2018, Peraturan Cukai-Cukai Perkhidmatan telah mengeluarkan Jadual 1 melibatkan semua perkhidmatan yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan berkuatkuasa pada 1 September 2018 yang lalu iaitu sebanyak 6 peratus. Perkhidmatan tersebut adalah:

Screenshot 2024 03 04 At 12.11.27 Pm

Kemudian, bermula pada 1 Januari 2020, SST turut dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport dan perkhidmatan digital.

Perkhidmatan baru yang tertakluk kepada SST dan perkhidmatan yang berkecuali dari kenaikan baru

Perkhidmatan baru adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan pusat karaoke di bawah Kumpulan C;
  2. Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah di bawah Kumpulan I
  3. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.
  4. Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan di bawah Kumpulan G

Untuk pengetahuan korang, bermula 1 Mac 2024, semua perkhidmatan bercukai dikenakan kadar cukai baru iaitu 8% kecuali:

  1. Perkhidmatan penyediaan makanan atau minuman di bawah Kumpulan B
  2. Perkhidmatan telekomunikasi di bawah Kumpulan I
  3. Perkhidmatan penyediaan ruang parkir kenderaan di bawah Kumpulan I dan
  4. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J

Jadi penting untuk korang tahu bahawa perkhidmatan di bawah Kumpulan B iaitu makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan dan perkhidmatan logistik, kadar cukai yang dikenakan kekal 6%.

Selain itu, kadar cukai untuk kad kredit dan kad caj juga turut kekal pada harga RM25/setahun.

Dekat jadual bawah ni korang boleh rujuk perkhidmatan apa yang akan dikenakan SST sebanyak 8 peratus dan apa yang dikekalkan mengikut kadar lama 6 peratus.

Screenshot 2024 03 04 At 12.27.27 Pm Screenshot 2024 03 04 At 12.27.45 Pm Screenshot 2024 03 04 At 12.28.06 Pm Screenshot 2024 03 04 At 12.28.28 Pm

Shopee, Google dan Taobao baru-baru ini turut mengumumkan kenaikan kadar SST untuk perkhidmatan mereka.

Menurut TechNave, baru-baru ni Shopee Malaysia mengumumkan mereka akan menyemak semula kadar SST di platform mereka seperti berikut:

9807

Manakala Google akan meningkatkan kadar SST kepada 8% dan TaoBao akan mengenakan kadar SST sebanyak 10%.

Dengan pengumuman dari platform digital ini, kita boleh jangka beberapa platform lain seperti Netflix, Disney Hotstar, Steam, PlayStation Plus dan yang lain-lain akan turut naik harga.

Kenapa cukai SST dinaikkan?

Selaras dengan rangka kerja ekonomi Madani di bawah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, pembaharuan perlu dilaksanakan bagi meluaskan lagi asas hasil negara sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat. Langkah ini juga termasuklah meluaskan lagi skop dengan mengubah kadar cukai perkhidmatan.

Selain itu, kenaikan cukai ini juga telah meluaskan skop perkhidmatan ke atas kumpulan perkhidmatan sedia ada bagi menyelaraskan serta memberikan layanan sama rata dalam industri yang sama seperti:

  • Perkhidmatan baharu pusat karaoke yang berunsur hiburan sama seperti dengan kelab malam, dewan tari menari & kabaret di bawah Kumpulan C.
  • Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan yang pada masa ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan diperluas untuk meliputi industri pembrokeran lain seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah.

Cukai 8

Namun begitu, perubahan cukai ini tidak akan melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%. Ini termasuk perkhidmatan baharu iaitu logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%.

Harap-harap makanan dekat bazar nanti harga maintain lah yaaa

Sumber: MoF, Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.