in

“Makan jela jam tu” – [VIDEO] Isteri Masuk Live Seller Jam, Bagi Amaran Jangan Jual Dekat Suami

Ft Gshock

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun teknologi terus berkembang dan mengubah cara hidup kita, jam tangan masih menjadi sebahagian daripada hidup kita. Selain membeli, hobi mengumpul jam tangan merupakan perkara yang sudah tidak asing lagi bagi kita.


Pengumpul jam kebiasannaya akan membeli jam yang berjenama dan mahal. Namun, tak semua orang akan bersetuju dengan hobi tersebut. Mereka beranggapan bahawa hobi kumpul jam adalah perkara yang membazir. Betul juga…

“Kena marah dengan bini”

Semalam, dalam perkongsian @erinladolly di Tiktoknya, dia telah memuat naik satu video yang menunjukkan dia telah masuk dalam Live Tiktok seorang penjual jam G-Shock untuk memberi amaran padanya supaya jangan jual pada suaminya.

@erinladolly

beli jam banyak2, pakainya 1 ? #fyp #fypシ #fy #fypage #gshockmalaysia #gshock

♬ original sound – eld – eld

Dalam video itu, Erin telah memberi amaran pada penjual tersebut supaya jangan  jual jam pada suaminya yang bernama Zakuan Chor. Dia telah menulis amaran tersebut di ruangan komen Live Tiktok lelaki itu. Seller pun takut hehe.

Suami Erin merupakan penggemar dan pengumpul jam tangan jenama G-Shock yang dikeluarkan oleh Casio. Jam tangan lasak ini sangat diminati oleh pemuda kerana bentuk dan rekaannya yang sporty. Namun harganya jam tangan itu agak mahal untuk dimiliki. Orang kaya takda masalah untuk beli.

“Golongan ibu2 bersuara pula…”

Video yang berdurasi lebih daripada setengah minit ini telah mendapat lebih daripada satu juta tontonan di Tiktok. Kebanyakan netizen yang menonton video itu kagum dengan cara Erin kerana berani bersuara. Kalau tak memang bertambah koleksi jam dekat rumah.

Beberapa komen netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen1

Walaupun cara Erin bagi amaran nampak garang, tapi seller jam tangan tersebut agak sporting kerana dia hormat dengan Erin dan menyuruh pekerjanya jangan bagi Zakuan Chor beli jam daripada mereka. Tahu takut…

Min harap suami akak tu sihat je dekat rumah, jangan kena gari…hahaha

Baca: Kanak-kanak Nangis Teruk Lepas Ternampak Rekaan Unik Helmet Ini Di Lampu Isyarat Sebab…

Topeng E1629689492103

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.