in

Kanak-Kanak Nangis Teruk Lepas Ternampak Rekaan Unik ‘Helmet’ Ini Di Lampu Isyarat Sebab…

F3 Helmet Lucu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak yang masih kecil memang suci pemikirannya dan disebabkan ini jugalah gelagat mereka ni selalu buat kita terhibur. Baru-baru ini pula tular sebuah video lucu dimana seorang kanak-kanak lelaki menangis ketika berhenti di lampu isyarat bersama ayahnya.



Difahamkan, dia sebenarnya menangis sebab dia ternampak rekaan topi keledar yang menyeramkan yang menyerupai wajah manusia, lapor Tribunnews Lampung. Ketika itu, dia sedang berada di atas motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang dipercayai ayahnya.

Video tersebut mendapat perhatian ramai setelah dikongsikan oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai uungfajriyah beberapa hari lalu. Dipercayai, video itu sempat dirakam oleh penunggang motosikal lain yang turut menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Kejadian ini dikatakan berlaku di Indonesia.

Helmet Lucu Di Tl 1

Dia dilihat menangis sebab takut tengok tiba-tiba ada wajah manusia di belakang kepala seorang penunggang motosikal di hadapannya yang juga sedang menunggu isyarat lampu hijau. Rupa-rupanya, ‘wajah’ manusia tu hanya lah rekaan unik sebuah helmet yang digunakan oleh penunggang motor tersebut.

Helmet Lucu Di Tl 2

Video tersebut juga telah mendapat sejuta tontonan daripada netizen di Twitter yang kebanyakannya mengatakan mereka turut terhibur dengan gelagat adik itu. Min pun kesian tengok dia takut tapi tak tahan nak gelak sebab kelakar terutamanya bila tengok banyak kali. 

Mana la brader tu dapat topi keledar unik ini. Kalau ternampak topi keledar ni pada waktu malam, tak cukup tanah la jawabnya tekan minyak sebab terkejut. 

Sumber: Twitter @uungfajriyah, Tribunnews Lampung 

Baca: [VIDEO] Lari Sebab Takut Patung Besar, Kanak-kanak Ingat Peluk Ibu Sendiri, Rupanya Tersalah Orang!

Helmet Lucu Di Tl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.