in

“Makan darah daging sendiri” – Bukan Setakat Rogol, Bapa Tergamak Lacurkan Anak Kandung RM100!

Rogol Feat

Terpaksa menjadi ‘bahan pemuas nafsu’ bapa kandungnya sejak usia 10 tahun, itulah nasib malang menimpa seorang remaja berusia 13 tahun dari Kajang. Menurut laporan, remaja itu bukan sahaja dirogol si bapa durjana malah juga dilacurkan pula demi keuntungan sendiri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata polis kini sedang menyiasat kes tersebut selepas menerima laporan seorang pengadu yang juga merupakan ibu saudara mangsa.

Menurut pengadu, mangsa telah dirogol dan dilacurkan oleh suspek ketika berusia 10 tahun di mana dia dipaksa melayan kehendak seks lebih 20 pelanggan di rumahnya sendiri. Semua kejadian itu dilaporkan berlaku bermula pada pertengahan 2019 sehingga Februari tahun ini.

Rogol3

Lebih menyedihkan, ibu mangsa sebelum ini mendapat tahu tentang kejadian rogol tersebut namun hanya mengambil langkah memarahi suspek dan suaminya itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Namun, suspek tetap membawa pulang pelanggan bermula pertengahan 2019 hingga Februari 2020 dan memaksa anak kandungnya itu untuk melayan mereka.

Menurut Harian Metro, mangsa dipercayai memperoleh bayaran sebanyak RM100 bagi setiap pelanggan yang melakukan seks dengan anak perempuannya itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong berkata,

“Saya dihubungi oleh ibu saudara mangsa berusia 30-an mengenai perkara itu, semalam, sebelum saya mengarahkan pegawai khas saya untuk membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Ampang.”

Ibu saudara mangsa juga ada memberitahu bahawa remaja berkenaan dibayar RM100 daripada setiap pelanggan semasa dia dilacurkan oleh bapa kandungnya.”

Rogol7

Mangsa kini ditempatkan di Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut dan akan dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa hari lagi selepas pemeriksaan selesai dilakukan.

“Dalam keadaan ini, pastinya mereka memerlukan sokongan moral untuk meneruskan kehidupan. Justeru, pihak kami akan melawat mangsa untuk memberikan sokongan serta melihat perkembangannya.”

“Kami menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada polis untuk siasatan lanjut. Pada masa sama, saya berharap siasatan dilakukan pihak polis akan membawa kepada penahanan pihak yang terbabit dalam kes ini.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B dan 372 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Ramai netizen di Facebook mempertikaikan tindakan ibu mangsa yang dikatakan seolah-olah ‘membiarkan’ anak gadisnya itu menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung.

Baca: Peguam Jenayah Dedahkan Perkara Yang Perlu Dibuat Jika Anda Dirogol

Feature 4 11