in

“Mak Dato’ Seri tapi anak macam orang kampung”- Cik B Sedih Tengok ‘Komen Pedas’ Netizen, Harap Emak Tak Baca

Fi Cik B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Cik B, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida yang kini makin melonjak naik namanya.


Sebelum ni  dah keluarkan single nya sendiri, sekarang sedang berentap dalam pertandingan rancangan Astro, Muzikal Lawak Superstar Musim 2.

Walaubagaimanapun, penampilan dirinya sentiasa mendapat kecaman dan komen negatif dari netizen yang seolah-olah mempunyai masalah dengan dia.

“Macam orang kampung”

Semalam, Cik B di temu bual oleh Gempak, dalam segmen Lancang Betol dan telah meraih lebih daripada 80 ribu tontonan di Instagram.

Dalam temu bual itu dia meluahkan rasa sedih apabila menerima banyak kecaman dan kritikan terhadap dirinya.

Namun, dia tidak terlampau kisah dengan komen-komen tersebut tapi lebih bimbang akan penerimaan dan perasaan ibunya.

 

“Cuba berhenti perlahan-lahan”

Selain itu, Cik B mendoakan ‘haters’ dan orang-orang yang sering mengecam dia agar berjaya dalam hidup dan tidak membenci dirinya lagi.

“Saya pun tak tahulah apa silap saya, untuk anda tak suka saya. Tapi saya harap korang semua berjaya dalam hidup dan takde rasa benci terhadap saya. Kalau tak boleh berhenti, cuba berhenti perlahan-lahan,”

“Dia matang untuk bercakap”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menunjukkan sokongan kepada Cik B. Dalam pada itu ada yang menyifatkan bahawa dia matang menghadapi situasi begini.

 

Cik B 1 Edit

Cik B 2 Edit

Cik B 3 Edit

 

Berhentilah kita mengecam orang, lagi elok kalau sebarkan perkara yang positif. Tak gitu?

 

Baca : Anak makcik baya kamu, alhamdulillah kerja office ;Pandang Hina Orang Kerja Kilang, Makcik Bangga Heboh Anak Kerja Pejabat

Foot Cik B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.