Kadang-kadang kita tak sedar apa yang jadi dekat diri kita, boleh beri kesan pada orang lain jugak.
Macam kes yang berlaku dekat Vietnam ni. Seorang budak 11 tahun telah bunuh diri semalam dengan lompat dari tingkat 39 sebab tak tahan dengar parents dia asyik gaduh.
Menurut China Press, keluarga dari Vietnam ini tinggal di apartment mewah di bahagian barat Hanoi. Kedua ibu bapa kanak-kanak malang ini mempunyai kerja bergaji tinggi, tapi sejak akhir-akhir ini pasangan tersebut sering bergaduh.
Nak dijadikan cerita, pada malam Isnin lalu, ibu bapa kanak-kanak ini mula bergaduh hingga menjerit dan menghempas pintu. Tindakan mereka ini telah buatkan kanak-kanak ini menangis sepanjang malam.
Keesokan harinya, ibu kanak-kanak ini dikejutkan dengan bunyi hentakan kuat, namun kerana dia masih marah dengan suaminya dan sakit kepala sebab bergaduh sepanjang malam, ibu ini hanya melihat jam dan sambung tidur semula.
Tak lama kemudian, bunyi kekecohan dari luar mula mengganggu tidur ibu ini, so dia buat keputusan untuk tengok apa yang berlaku dari tingkap.
Alangkah terkejutnya ibu ini bila dia melihat anaknya yang memakai uniform sekolah terbaring di atas tanah berlumuran darah sementara selipar dan potret keluarga ditemui ditinggalkan di tingkap bilik budak ini.
Selepas melihat anaknya terbaring tak bernyawa di atas tanah, ibu ini berlari turun tangga dari tingkat 39 dan pergi ke arah anaknya sambil menangis histeria.
Bapa kanak-kanak ini pula tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian selepas menerima berita kematian anak mereka. Pasangan ini kemudiannya memeluk satu sama lain sambil menangisi pemergian anak mereka.
Mayat kanak-kanak malang ini kemudiannya di bawa ke hospital sebelum doktor memberikan sijil kematian.
Bergaduh suami isteri memang lumrah dalam rumah tangga, tapi kalau boleh elakkanlah dari bergaduh depan anak-anak sebab memang dah terbukti ia boleh memberi kesan kepada mental dorang.