Kanak-kanak dan kedai permainan memang tidak boleh dipisahkan, ramai kanak-kanak kalau lalu depan kedai mainan mesti nak berhenti sekejap, lagi merisaukan kalau mereka sudah mula ‘mengendeng’ meminta ibu bapa untuk membelikan apa yang diinginkan.
Sebagai ibu bapa, pastinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak tetapi barang mainan boleh menjadi sangat mahal sehinggakan berlaku pembaziran.
Sebuah video TikTok yang dimuatnaik oleh @pofarizul memberikan solusi terbaik kepada permasalahan itu.
https://www.tiktok.com/@pofarizul30/video/7076064994038730011?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7072572541998843393
Risau anak nampak kedai mainan, tutup mata dia!
Video tersebut menunjukkan seorang bapa yang sedang berjalan di pusat beli-belah dan apabila lalu di hadapan kedai mainan, bapa itu mendukung anak perempuannya dan berlari sambil menutup mata kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu hanya ketawa selepas bapanya buat sedemikian, mungkin kerana dia sangkakan bapanya ingin bergurau manja dengannya.
Boleh tiru cara ni!
Perkara itu menarik perhatian netizen dan rata-rata memuji tindakan bapanya itu, tidak kurang juga yang ingin menggunakan tips tersebut jika berlaku kepada mereka.
Setakat ini video tersebut telah menerima 2.9 juta tontonan serta lebih lima ribu komen.
Bapa-bapa diluar sana mungkin boleh tiru cara ini?
Baca: “Nantilah abah pujuk” – [VIDEO] Comel Je Gelagat Bapa Mertua Ini Sakat Menantu Dia!