in

“Nantilah abah pujuk”- [VIDEO] Comel Je Gelagat Bapa Mertua Ini Sakat Menantu Dia!

Fi Menantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang dah berkahwin ni, rapat tak dengan keluarga mertua korang? Ke korang ada rasa seram sejuk lagi bila balik rumah mertua?

Selalunya kan macam-macam kita dengar cerita kes mertua dengan menantu ni. Ada yang kata bapa mertua garang lah, tak sporting lah, tapi ada juga kes yang rapat sangat dengan mertua mengalahkan anak kandung!


Macam perkongsian di laman TikTok ini, rakaman gelagat seorang bapa mertua yang menyakat anak menantunya telah berjaya membuat ramai yang terhibur!

https://www.tiktok.com/@nazilaadamchua3111/video/7077107802967149851?_t=8Qof70l7vLF&_r=1

Perkongsian berdurasi 57 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun @nazilaadamchua3111 ini telah memperlihat gelagat comel si menantu yang dipercayai bernama Adam Chua yang merajuk akibat bapa mertuanya, Abah itu tidak memberinya ‘air jambu’.

“Panggil Abah nak air jambu, habistu Abah buat bodoh je, padahal Abah dengar!,” rungut Adam Chua.

Menurut perbualan mereka itu, Adam difahamkan telah meminta ‘air jambu’ yang dipetik oleh Abahnya namun malangnya ia telah diberi kepada pelanggan yang datang ke bengkel milik Adam. Akibat perangai kuat menyakat si bapa mertua ini, merajuk lah si menantu…

Di ruangan komen, saudari Nazila yang merupakan isteri kepada Adam Chua ini ada menjelaskan bahawa suaminya itu merupakan seorang Cina Muslim, sebab tu lah percakapannya kadang-kadang ada yang terbalik. Contohnya perkataan ‘air jambu’ yang disebut Adam itu sebenarnya ialah jambu air!

Komen Menantu 7

Rata-rata orang ramai yang menonton video tersebut juga sangat terhibur dengan gelagat dua beranak ini.

Komen Menantu

Comel je lah merajuk sebab jambu air… Abah jangan buat-buat lupa pula pujuk tu!

Baca: Mentua & Menantu Bertekak Sampai Kejar Bawa Pisau Gara-gara Suruh Pindah

Baca Menantu

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.