Kadang-kadang sikap overprotective ibu bapa agak keterlaluan sampai membataskan kebebasan anak. Terdapat video viral menerusi pelbagai platform media sosial dimana seorang ibu menggunakan handphone anak dia untuk marah kawan sekelas dalam satu group Telegram
Dalam video rakaman yang tular sejak 3 Oktober lalu, ibu kepada Sam (bukan nama sebenar) secara tiba-tiba hantar voice note dan meminta salah seorang rakan sekelasnya untuk tidak berkawan dengan anaknya.
“Saya ibu Sam, Jack siapa? Saya nak bagi tahu mulai sekarang, jangan kawan dengan saya lagi, dia sekarang makin teruk”
Dalam pada itu ibunya juga menegaskan bahawa Sam adalah satu-satunya anak dia.
“Sam tu satu-satunya anak saya, kalau ada apa-apa jadi dekat anak saya, saya takkan maafkan awak semua.”
Tambah si ibu tersebut dia juga menemplak Jack jika ingin jadi teruk, jangan hasut anaknya. Pelik dengan voice note tersebut, Jack hanya balas voice note tersebut dengan hanya memberikan tanda soal.
Sakit hati melihat respon tersebut si itu terus menengking,
“Apa?! Kalau kalau berani, datang sini lah! Mak bapak kau memang tak ajar kau!”
Oleh sebab itu, Jack memberikan penjelasan bahawa hubungan persahabatan antara dia dengan Sam tidak begitu rapat. Tapi ibu itu reply,
“So jangan kawan dengan dia. Lepas dia berkawan dengan kau, dia jadi makin teruk.”
“Kau pergi sekolah tapi kau tak belajar. Jangan ajak anak aku benda teruk. Kalau kau nak jadi teruk, jadi teruk sorang-sorang.”
Jack kemudian berkata bahawa dia tidak pernah mengajar Sam apa-apa perkara yang buruk. Ibu Sam tetap menyalahkan Jack kerana mempengaruhi Sam supaya tidak membuat kerja rumah, ponteng sekolah dan pergi ke tempat di mana mereka boleh menggunakan telefon mereka dengan bebas.
Jack menafikan semua perkara itu dan tidak lama selepas itu, Sam meninggalkan kumpulan itu.Mesti dua-dua malu, Sam tu jadi malu, Jack pun sama, melainkan kalau ada pihak jual nama sebab nak selindung salah.