• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Hiburan

“Mak bapak aku hidup lagi” – Ezzanie Jasny Berang Ada ‘Fake Account’ Komen Melampau

by Syaziyah Sharif January 7, 2026, 11:55 am

ShareTweet
Syaz Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Ezzanie Jasny mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis selepas namanya terus disalahgunakan menerusi beberapa akaun palsu, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dirinya serta ahli keluarga.

Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, mendedahkan individu terbabit masih aktif meninggalkan komen berunsur keji di akaun media sosial orang lain selain memuat naik hantaran palsu berkaitan kematian ibu bapanya.


Artikel berkaitan: Individu Pakai ‘Fake Account’ Hina B40 Guna Bantuan Sara Beli Belah Di Pasaraya

Artikel berkaitan: Ini 8 Isu Selebriti Malaysia Yang Paling ‘Trending’ Di Media Sosial Tahun 2025

Image 19

Pelakon drama bersiri Dia Bukan Syurga itu turut berkongsi tangkap layar mesej peribadi daripada akaun berkenaan yang mengandungi ugutan.

Lebih mengejutkan, individu terbabit secara terbuka menyatakan niat untuk terus mengganggu Ezzanie serta ahli keluarganya.

Image 18

“Aku takkan berhenti, aku akan balas satu keluarga kau bukan TikTok je aku buat,” menurut mesej yang didakwa dihantar kepadanya.

Menurut Ezzanie, gangguan diterima bukan sekadar melalui komen, malah turut melibatkan penyebaran maklumat palsu dan sensitif.

Antara perkara paling menyakitkan hati apabila akaun palsu itu memuat naik kandungan ‘salam takziah’ seolah-olah ibu bapanya telah meninggal dunia, sedangkan mereka masih hidup.

“Tahan aku dari marah. Ya Allah, apa masalah kau manusia? Panasnya hati aku ini,” katanya dalam hantaran lain.

Selain laporan polis yang telah dibuat, Ezzanie memaklumkan akan terus mengemas kini pihak berkuasa sekiranya gangguan berkenaan berlarutan.

Cats 2

“Sebagai penjelasan, ada akaun palsu yang masih menggunakan gambar saya meninggalkan komen di siaran langsung akaun lain.

Komen tersebut bukan daripada saya. Laporan polis sudah dibuat dan perkara ini juga saya akan maklumkan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Sebelum ini, Ezzanie pernah meluahkan rasa kesal apabila sebuah akaun palsu cuba memainkan isu sensitif berkaitan agama dengan menyamar sebagai dirinya.

Pada peringkat awal, pelakon itu memilih untuk berdiam diri kerana menyangka kandungan tersebut tidak akan mendapat perhatian.

Bagaimanapun, situasi berubah apabila akaun berkenaan tular dan meraih jumlah tontonan tinggi susulan dakwaan palsu kononnya dia telah bertukar agama, sekali gus memaksanya tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Sumber: Instagram

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Isteri Meraung

    3 Hari Menghilang, Isteri Meraung Sebelum Rebah Melihat Jasad Suami

  • Juruterbang Nahas Learjet 60 Ft

    Peroleh Lesen Juruterbang Ketika Sekolah, Pesawat Learjet 60 Jadi Penerbangan Terakhir Nathalia

  • Ft Fara Salleh

    “Nada sakit demam sesen pun kau tak bagi” – Bekas Isteri Minta Shuk Sahar Bayar Yuran Taska Anak

  • Syaz Ft 3

    Percutian Bertukar Tragedi, Kronologi Pesawat Terhempas Di Florida Dari Ketinggian 35,000 Kaki

  • Ft Bapa Tiri

    Bapa Tiri & Ibu Kandung Tergamak Lem*skan Anak Dalam Baldi, Atas Alasan Tak Munasabah

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Ana Sr 11

    Nak Cari Maklumat Sekolah Anak? Portal Sekolahku Himpunkan Info Sekolah Dalam Satu Platform

  • Ana Sr 10

    Bukan Sekadar Menabung, Bank Rakyat Kongsi Rahsia Kewangan Tenang!

  • Ana Sr 8

    Selalu Beli Barang Online? Industri Kurier Lancar Parcel Shield Untuk Perangi Scammer, Ini Yang Korang Perlu Tahu

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Syaz Ft

    “Ingat dah terhapus dalam industri…” – Amir Ahnaf Sebak, Tak Sangka Masih Diterima Penonton!

  • Ft Zahirah Mohon Maaf

    “Satu pengajaran besar buat saya” – Zahirah Macwilson Tak Tahan Air Mata, Mohon Maaf Atas Ketelanjuran Kata

  • Syaz Ft 49

    “Kenapa guna AI?” – Video Muzik ‘Samudera’ Datuk Nora Ariffin Dipersoal Netizen

  • Ft Zahirah Macwilson

    “Tiada niat nak sakiti” – Zahirah Macwilson Mohon Maaf Isu Sentuh Perayaan Agama Lain

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube