in

“Majlis dah tak lama, mana kami nak cari duit bayar katering tu?” – Luah Pelanggan Dianiaya Mahligai Impian

Mahliga Impian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak habis-habis lagi masalah dengan syarikat katering milik Mahligai Impian (MI).


Sebelum ni CEO syarikat tu dikatakan melarikan peti besi, dokumen dan barang-barang dapur sementara pekerja pula tak dibayar gaji serta duit komisen.

Kali ni, duit pelanggan yang dah buat tempahan untuk majlis kahwin pula dia bawa lari!

 

Dah buat bayaran full RM30,000 untuk majlis sebelah lelaki dan perempuan

Menurut wanita ini, kes ini berlaku kepada sepupunya yang dah buat pembayaran penuh kepada syarikat katering ini sebanyak RM30,000 untuk majlis di sebelah pihak lelaki dan perempuan.

Alasannya, pihak MI kata akan dapat diskaun 5% kalau buat pembayaran penuh. Wow!

Customer Mi
sumber: facebook
Customer Mi 2
sumber: facebook

Customer Mi 3
Sumber: Facebook

Pada masa sama, sepupu wanita ini dikatakan dah berhubung dengan person-in-charge MI lepas dengar ada kes viral MI menipu hal tak bayar butik pengantin untuk uruskan majlis kahwin orang lain sebelum tu.

Staff MI tu pun kata memang pihak management di Kuantan bermasalah. Lagipun dah bayar, tak boleh refund!

 

Urusan dibatalkan sebab tak dapat bayaran daripada MI

Sampailah lepas waktu solat Jumaat pada 5 Oktober, sepupu ni dapat mesej dari butik pengantin mengatakan segala urusan dari 5 Oktober dibatalkan sebab tak dapat bayaran dari MI!

Customer Mi 6
Sumber: Facebook

Ape perasaan korang, majlis lagi dua minggu bertarikh 27 Oktober dan 4 November tapi tak ada katering dengan servis pengantin? Bayaran penuh dah buat ni!

Eh tak kelakar, duit pun tak boleh nak pulangkan semula sebab dah kena bawa lari.

Customer Mi 7
sumber: facebook

Majlis dah tak lama lagi, mana pula pengantin nak cari duit untuk jamu orang makan? Takkan pihak pengantin kene batalkan majlis pula. Ibu pengantin ibu tunggal pula tu.

 

Bukan orang kaya, petik jari duit boleh jatuh dari langit

Pihak MI katanya berjanji nak pulangkan duit tapi korang rasa boleh ke dapat balik? Dalam kes ni, satu pasangan je dah RM30,000.

Jangan kata duit pelanggan, duit gaji dan komisen pekerja pun dia bawa lari! Bayangkan dah berapa banyak agaknya dah hilang!

Customer Mi 8
sumber: facebook
Customer Mi 9
sumber: facebook

Pengadu pun sempat tinggalkan pesanan kat pihak Mahligai Impian:

“Kepada pihak Mahligai Impian penipu, terima kasih banyak-banyak atas dugaan ni. Semoga Allah je yang balas perbuatan keji ni.. Makanlah hasil tak berkat or senang kata haram tu… Sampai mati kami ingat!

“Kami bukan orang kaya, petik jari duit boleh jatuh dari langit untuk bayar katering lain… Kami pun bukan artis yang boleh dapat sponsor katering sana sini!”

Adoii, harap-harap cepatlah masalah pelanggan dan staff Mahligai Impian ni dapat diselesaikan. Seronok ke aniaya orang dan makan duit haram macam ni?

Baca: CEO Bagi Pekerja Cuti Sehari, Rupa-rupanya..

Customer Mi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.