CEO Bagi Pekerja Cuti Sehari, Rupa-rupanya…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Korang pernah tak kena tipu atau dianiaya? 

Viral di Facebook tentang seorang CEO katering perkahwinan lari meninggalkan semua pekerjanya. Bukan lari sehelai sepinggang ye, tapi menurut pekerja di sana, ceo lari bersama-sama dengan peti besi, duit customer, file-file penting dan termasuk lah barang dapur. Habis semua diambil!


Sumber: Facebook


Sumber: Facebook

Terkejut datang kerja office dah kosong

Status di Facebook milik Misz NOniey iaitu salah seorang pekerja syarikat katering tersebut mengatakan yang dia dan pekerja lain pun terkejut melihat office dah kosong masa tu. Dia ingatkan barang-barang dapur tu semua kena curi. Rupa-rupanya…. CEO yang bawa lari.

Secara tiba-tiba pagi tu juga, mereka semua ni dapat whatsapp mengatakan syarikat tu dah ditutup! Aduhai kalau admin tu, mesti dah terduduk pening kepala, datang kerja, syarikat tutup.


Sumber: Facebook


Sumber: Facebook

Tak cukup dengan tu, owner kedai tempat mereka bekerja pun datang nak ambil kunci dan katanya owner dah bagi notis seminggu untuk kosongkan tapi peliknya pekerja semua tak tahu pun? Lepas tu, owner bagi notis 24 jam je untuk pekerja ni semua clearkan kedai. Kalau tak, dia nak hantar notis saman dekat syarikat tu. Ish… Bertambah malang nasib pekerja-pekerja ni.

Bagi cuti pada pekerja sebelum hari kejadian

Bila benda ni dah jadi, baru la pekerja ni semua sedar yang mereka ni dah ditipu dan patut la sebelum hari kejadian, mereka semua ni dapat cuti. Rupa-rupanya CEO nak bawa lari semua barang. Kesiannya mereka…

Dah la tak dibayar gaji sebulan dan duit komisen selama 2 bulan, lepas tu dapat tahu lagi yang dokumen pelanggan semua dah kena rampas senyap-senyap dan mereka dah bagitahu dekat semua pelanggan yang syarikat tu dah ditutup. Mereka yang tinggal ni terpaksa tanggung sisa-sisa masalah dari CEO ni. Mereka juga la yang kena jawab dengan semua pelanggan.

Mereka juga turut share whatsapp group branch yang teraniya tu…


Sumber: Facebook


Sumber: Facebook


Sumber: Facebook

Laporan polis pun dah buat. Admin harap sangat nasib pekerja-pekerja ni dapat dibela…

Baca: Warga Emas Hilang RM180,000 Ditipu ‘Orang PH’

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Dila Ismail

Seorang yang ‘Ambivert’ dan terlebih Ektrovert.