in

Majikan Tak Boleh Cabul Hak Pekerja!

Page Majikan 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Suara’ pekerja seharusnya didengari dan bukannya disenyapkan dengan cara yang tak patut. Seorang wanita telah kongsikan pengalamannya diperlakukan sebegitu oleh majikan.

Menurut Malaysiakini, Kohila Yanasekaran telah bekerja dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2005 hingga 19 Julai 2017 selepas dipecat gara-gara menghadiri Himpunan Hari Pekerja pada 1 Mei 2016 dan memakai baju “Batal GST”.


Kohilan 1
sumber: malaysiakini

Pemecatan ke atasnya disebabkan hal ini dianggapnya sebagai satu pencabulan hak asasi dan kebebasan kerana aktiviti yang dilakukan itu adalah di luar waktu kerja. Dia juga mengenangkan saat diarahkan untuk meninggalkan BNM dalam masa satu jam pada hari yang sama.

Fabnm15 1522228134
sumber: nst

Kohila juga menerangkan pada ketika itu, dia diperlakukan seperti seorang penjenayah, siap diiringi polis bantuan untuk beredar pergi sedangkan itu adalah haknya untuk bersuara.

“Hak sebagai pekerja serta warganegara ini terletak dalam Perlembagaan dan ia tak boleh dicabul oleh majikan.”

Dengan tampuk kepimpinan yang baru, wanita berusia 43 tahun ini berharap agar kerajaan akan menghapuskan polisi majikan ‘mengekang’ kebebasan pekerjanya.

“Apa yang dilakukan pekerja selepas waktu bekerja adalah hak mereka. Jadi saya harap kerajaan baru ini dapat memastikan agar adanya satu demokrasi yang sihat kerana setiap pekerja ada pendapat mereka.”

Bde179700Fe45Efb132580C3Ad56006F
sumber: malaysiakini

Sementara itu, Kohila berkata akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu usaha untuk perjuangkan hak pekerja di negara ini.

“Pekerja takut nak suarakan pendapatnya sebab takut dibuang kerja. Kerajaan baru kena pastikan masyarakat mempunyai hak untuk berpolitik tidak kira di pihak mana pun mereka serta boleh menyuarakan sebarang isu.”

Dalam nak menuju Malaysia baru ni, harapnya ada perubahan.

Baca: “Menyampah tengok orang kaya terima segala jenis bantuan”

Ok 758X398 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.