in

“Macam zebra dah”- Lembu Di Ladang Jepun Ini Dicat Belang-belang Untuk Elak Gigitan Serangga

Lembu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembu-lembu baka hitam yang diternak di ladang di Yamagata, Jepun telah dicat berbelang putih persis seperti kuda belang atau zebra.


Memetik laporan The Star, lembu-lembu tersebut difahamkan telah dicat dengan menggunakan cecair peluntur atau cat spray agar tampil berbelang dan difahamkan, ia dilakukan untuk mengelakkan gigitan serangga.

Difahamkan lagi, mengikut kajian oleh penyelidik di wilayah itu sepanjang tiga tahun lalu, lembu yang dicat berbelang-belang dengan jalur putih kurang digigit serangga berbanding lembu yang tidak dicat sedemikian.

Lembu

Artikel Berkaitan: Kepala Lembu Tersangkut, Tuan Sanggup Pecahkan Pagar Batu Guna Penukul Untuk Lepaskan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kuda Belang Terlepas Dari Zoo Di Seoul, Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebaliknya

Untuk pengetahuan semua, lembu baka hitam yang diternak itu adalah lembu yang meghasilkan daging wagyu terbaik namun peladang lembu baka hitam itu sebelum ini mengadu bahawa lembu mereka sering digigit serangga sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada haiwan-haiwan ternakan itu sekaligus menjejaskan tahap pembiakan lembu.

Namun, selepas lembu-lembu mereka telah dicat dengan jalur putih, penternak-penternak itu mendapati bahawa lembu mereka kurang digigit oleh serangga.

Walau bagaimanapun, pihak penyelidik yang menjalankan kajian itu setakat ini masih belum menemui bukti saintifik mengapa serangga tidak berminat dengan lembu yang telah dicat secara belang-belang itu.

Mungkin sebab serangga tu fikir tu bukan lembu la kot sebab dah berbelang macam kuda zebra…

Sumber: The Star

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.