Isu mengenai penunggang basikal di atas jalan ini nampaknya masih belum berpenghujung apa bila ada antara mereka yang suka ‘buat hal’ sampai mengganggu pengguna jalan lain.
Ia kerana aliran jalan pasti akan terganggu selain membahayakan nyawa mereka sendiri, pendek kata menyusahkan pengguna jalan.
Satu kejadian pagi tadi dimana ada beberapa penunggang basikal menggunakan lebuhraya utama untuk aktiviti berbasikal mereka.
Time peak hour orang nak pergi kerja kot. Agak-agak la.”
Apa yang membuatkan pengguna lain jadi lebih marah adalah, mereka melakukan aktiviti itu ketika waktu peak hour pagi tadi, waktu dimana orang ramai akan guna lebuh raya tersebut untuk pergi kerja.
Dalam video berdurasi 9 saat yang telah meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets itu memperlihatkan bahawa ada 2 penunggang basikal ‘cucuk’ belakang lori saat jalan tersebut dilihat begitu sesak dengan kenderaan lain.
Terpaling basikal. Time peak hour orang nak pergi kerja kot. Ko agak2 la🤦🏻♂️ pic.twitter.com/7iuUDSbbxD
— Apai (@Radevengers) October 13, 2021
Biarpun lokasi yang sahih masih belum dikenal pasti, namun dikatakan ia berlaku pagi tadi, ia telah mengundang kemarahan ramai netizen termasuklah golongan cyclist sendiri kerana telah memburukkan lagi nama mereka.
Ada juga netizen mencadangkan bahawa pihak tertentu patut menyediakan satu barisan khas untuk penunggang basikal memandangkan kes ini memang dah sukar nak dikawal, tetapi ada yang berpendapat bahawa ia tidak begitu berkesan.
Sebelum ini, ada geng basikal pernah menjelaskan bahawa kaedah ‘cucuk’ dekat dengan lori ini dinamakan tumpang angin, dimana mereka akan dapat kebenaran daripada pemandu lori. Tapi, kalau dapat kebenaran sekalipun ok ke waktu jalan tengah sesak?
Baca : Kes Basikal Lajak: Jurujual Wanita Langgar 8 Remaja Berbasikal Dibebaskan Mahkamah Majistret