in

“Macam tak percaya” – Wanita Dirogol Tour Guide Tapi TripAdvisor Suruh Bagi Bad Review Je?

Befunky Collage 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita nak bercuti atau book mana-mana hotel, kita mesti nak tengok dulu online review kan? Lepastu, kita mesti nak tahu kalau tempat yang kita nak pergi atau hotel yang kita nak book tu bahaya ke tak.

Jadi, bila travel site terbesar di dunia macam TripAdvisor ni, kita mesti nak maklumat yang telus kan? Lain pula yang jadi pada wanita ini…


Menurut The Guardian, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai “K” telah memberitahu TripAdvisor dia telah dirogol oleh tour guide yang dipromosikan dalam website itu.

Screenshot 2019 03 06 At 12.41.10 Pm

Selepas menghubungi tempat tour guide itu bekerja dan melaporkan kejadian itu pada polis, K mahu memberi amaran kepada pelancong lain.

Tapi respon yang diberikan oleh TripAdvisor tak seperti yang diharapkan… TripAdvisor hanya suruh K buat bad review dengan memberitahu secara detail kejadian yang menimpanya.

“Saya macam tak percaya. Mereka suruh saya ingat balik semua detail serangan seksual saya? Syarikat global ini mendesak saya untuk ingat balik trauma yang saya alami dalam mereka untuk semua orang lihat dan komen, atau lagi teruk kalau pelaku tu masih bebas, dia boleh respon dan gelakkan saya? Saya rasa kecewa, tak ada harapan, dan sendirian.”

TripAdvisor juga memberitahu K, mereka tak akan buang apa-apa perniagaan dari site mereka kalau staf hanya dituduh atau sedang disiasatKalau macam ni, memang tak selamatlah jawabnya.

TripAdvisor kemudian kongsikan lima link review gangguan seksual dan rogol yang terjadi pada orang lain sebagai contoh untuk K tulis review-nya.

Dalam satu review yang dikongsikan kepada K, bertarikh November 2018, seorang remaja berusia 18 tahun mengatakan yang minumannya telah dicampurkan dengan bahan lain dan dia telah dirogol di sebuah resort di Jamaica.

Dia mendakwa hotel tersebut telah mengupah peguam untuk menguburkan kes dia walaupun dia telah menjalani ujian rogol di hospital tempatan.

Hotel ini sekarang mempunyai 4.5/5 bintang serta tak ada apa-apa amaran yang serangan tersebut pernah berlaku. Salah satu cara untuk ketahui adalah dengan scroll lebih 5,000 review.

Ini bukan pertama kali TripAdvisor dituduh gagal mengambil tindakan atas perniagaan di taliannya. Seorang wanita dari Canada, Christina Dayman berkata, review dia yang menceritakan secara detail gangguan seksual yang dialaminya oleh pengawal keselamatan di hotel Grand Bahia Principe Turquesa di Republik Dominika tenggelam oleh lebih dari 2,600 review dari pelancong lain.

Christine merasakan laporannya tak dipandang serius oleh staf kerana hotel ini di-rating 4/5 bintang.

3360
Sumber: the guardian

“Mereka sepatutnya mempunyai sistem review yang lain untuk kejadian seperti ini supaya kejadian ini tak tenggelam dengan review lain. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan isu keselamatan, terutamanya wanita.”

K akhirnya menulis bad review perniagaan tersebut tapi mendakwa TripAdvisor tak pernah publish kerana review tersebut tak ditulis sebagai pengalaman sendiri.

Wakil TripAdvisor memberitahu Bustle, mereka tak mahu publish review tersebut kerana review tersebut kerana tak mematuhi polisi syarikat ketika itu. Bagaimanapun, polisi tersebut telah ditukar untuk memastikan semua review mengenai rogol dan serangan seksual sentiasa di-publish.

Macam mana pun, TripAdvisor dan website lain yang sewaktu dengannya kenalah buat something supaya kejadian macam ni boleh dibaca oleh semua orang semasa mereka memilih tempat bercuti. Betul tak?

 

Baca: Sanggup Kendong Isteri Lumpuh Untuk Melancong Bersama

Screenshot 2019 03 06 At 12.36.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.