in

“Macam Parasite”- Lelaki Tinggal Di Bawah Tangga Tersembunyi Sebuah Pusat Beli Belah Tanpa Kantoi

F2 Tinggal Di Bawah Tangga Pusat Beli Belah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki di Shanghai, China baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet seluruh dunia apabila dia kantoi tinggal di bawah tangga di sebuah pusat beli belah negara itu selama enam bulan.

Memetik laporan Metro UK, lelaki berkenaan telah meletakkan sebuah khemah, meja, komputer dan kerusi di kawasan bawah tangga berkenaan.


5

Difahamkan, tangga tersebut terletak di kawasan yang agak tersembunyi di dalam pusat beli belah itu, sebab itu lah dia hanya kantoi tinggal di situ tanpa kebenaran selepas enam bulan.

Kehadirannya di bawah tangga itu difahamkan telah disedari oleh pengawal keselamatan pusat beli belah itu.

Namun, pada ketika itu pengawal tersebut membiarkannya tinggal di situ kerana kesian apabila lelaki tersebut mengatakan dia tinggal di situ kerana memerlukan ruang sunyi untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.

6

Artikel Berkaitan: Lelaki Tinggal Di ‘Bilik Rahsia’ Pusat Beli Belah Selama 4 Tahun, Siap Ada TV & PlayStation

Artikel Berkaitan: 5 Fakta Tentang Penjara Pudu Yang Kini Dah Jadi Pusat Beli Belah Lalaport

Ini kerana dia mengatakan dia berjanji akan segera meninggalkan tempat itu selepas peperiksaannya tamat.

Dia juga difahamkan telah mengecas komputer ribanya dan telefon bimbit dengan menggunakan soket elektrik yang disediakan di sekitar pusat beli belah itu.

Namun, pada 30 Oktober lalu, seorang lagi pengawal keselamatan pusat beli belah itu pula ternampak kewujudannya di bawah tangga itu dan dia telah menahan lelaki itu kerana tinggal di situ secara haram.

Ada netizen negara itu yang menyifatkan tindakan lelaki ini persis seperti dalam filem Korea, Parasite. 

Sumber: Metro UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.