Isu gelandangan merupakan sebuah isu yang berlaku di banyak negara, tak kira negara maju atau negara yang sedang membangun.
Namun, seorang lelaki di Amerika Syarikat ini pula telah menjadikan sebuah bilik rahsia di sebuah pusat beli belah di Rhode Island sebagai rumahnya.
Lelaki yang dikenali sebagai Michael Townsend ini telah tinggal di bilik tersebut selama empat tahun dari tahun 2003 hingga 2007 setelah dia diarahkan untuk keluar dari rumah lamanya kerana pemilik bangunan itu mahu membangunkan kawasan tersebut.
Menurut Mirror UK, setelah diarahkan keluar dari rumah lamanya itu, dia tidak tahu mahu tinggal di mana lagi.
Namun, dia kemudiannya teringat tentang kewujudan sebuah bilik rahsia yang kosong di pusat beli belah Providence Place Mall.
Ini kerana pada tahun 1999, dia telah menemui sebuah ruang rahsia yang tidak digunakan di pusat beli belah itu ketika sedang jogging.
Dia kemudiannya menjenguk semula ruang tersebut selepas kehilangan tempat tinggalnya untuk lihat sama ada ianya masih kosong ataupun tidak.
Nasib menyebelahinya kerana ruang itu masih tidak didiami oleh sesiapa pun.
Justeru, Townsend dan beberapa orang rakannya pun memutuskan untuk tinggal di ruang berkenaan memandangkan kini mereka tidak lagi memiliki tempat tinggal.
Difahamkan, mereka juga telah membina pintu utiliti dan dinding untuk menyembunyikan ruang tersebut daripada pandangan awam.
Ruang itu juga lengkap dengan televisyen dan alat permainan konsol PlayStation ketika dihuni oleh Townsend dan kawan-kawannya.
Mereka juga akan menggunakan tandas pusat beli belah untuk membuang air besar atau air kecil.
Townsend dan rakan-rakannya juga tinggal di situ selama empat tahun sebelum akhirnya kewujudan mereka diketahui oleh pengawal keselamatan pusat beli belah itu.
Pada 2007, Townsend telah didakwa kerana menceroboh kawasan itu.
Nasib sekali lagi menyebelahinya kerana dia tidak dipenjarakan sebaliknya hanya perlu menjalani tempoh percubaan.
Sumber: The Sun UK, Mirror UK
Baca: 5 Fakta Tentang Penjara Pudu Yang Kini Dah Jadi Pusat Beli Belah Lalaport