Aisar Khaled merupakan seorang influencer yang terkenal dengan content kongsi rezeki di media sosial miliknya.
Sebelum ini, dia pernah tular kerana membuat content solat di tepi jalan serta merakam dirinya ziarah kubur arwah Siti Sarah.
Walaupun dilanda banyak kontroversi, Aisar masih giat memuat naik content di media sosialnya dan setakat ini dia mempunyai seramai 51.7K pengikut di TikTok serta 668K pengikut di Instagram.
Terbaru, pemuda yang juga seorang usahawan itu menyambut hari jadinya yang ke-23 di Setia Alam, Selangor, keadaan di lokasi itu sangat meriah sengan kehadiran pengikutnya namun satu tindakan oleh influencer itu telah menarik perhatian netizen.
https://www.tiktok.com/@aisarkhaledd.my/video/7264230329949424897?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698
Aisar dilihat menggunakan kren di kawasan yang luas seperti sebuah padang dan membaling apa yang dilihat seperti gulungan kertas atau kupon.
Dalam video itu, Aisar mengatakan dia sedang berkongsi rezeki dengan pengikutnya, tetapi ada netizen yang beranggapan tindaknnya itu kurang sopan dan tidak wajar malah ada yang mengatakan ianya ibarat memberi dedak kepada ayam.
“Macam ni ke bersedekah?”
Tindakan influencer itu membuatkan ramai netizen memberikan kecaman terhadapnya, rata-rata berpendapat perkara itu kurang sopan dan tidak nampak seperti dia sedang bersedekah.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mencapai lebih 305K tontonan serta lebih 600 komen.
Korang rasa ok ke buat macam ni?
Baca: “Drama je lebih” – [VIDEO] Aisar Khaled Buat ‘Content’ Di Jalan Raya Sampai Kena Hon Dengan Kereta