in

“Macam mana nak hati-hati kalau tak tahu” – Netizen Pertikai Keputusan Dr Hisham Tak Nak Dedah Tempat Ada Kes Covid-19

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada sidang media semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan, nama restoran, kondominium, sekolah ataupun pusat membeli-belah yang terdapat kes Covid-19 tak akan didedahkan.



Dalam sidang media semalam, Dr Hisham mengatakan keputusan ini dibuat adalah untuk tidak meletakkan stigma kepada premis-premis ini, lapor FMT.

Noor Hisham Abdullah 12 Compressed Final 1

Menurutnya lagi, KKM sering diberi tekanan untuk mengenalpasti nama sesuatu lokasi yang mempunyai kes positif, tapi tak memberitahu orang ramai bagi mengelakkan ketakutan pada orang awam.

Kalau ada kes yang dilaporkan di sesuatu tempat, orang mungkin tak nak pergi ke sekolah, kondo atau mall terbabit.”

Tambahnya lagi, fokus KKM adalah untuk menutup kawasan tersebut bagi tujuan sanitasi dan disinfeksi bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Kami akan lakukan perkara terbaik untuk bersihkan kawasan tersebut tapi kami tak nak ada apa-apa stigma, jadi saya tak akan sebut nama.”

Ekoran dari ini, ramai netizen yang mempertikaikan keputusan KKM ini.

Screenshot 2020 10 23 At 1.12.11 Pm

“Kalau tak bagitahu, semua perniagaan disekeliling pun akan terkesan sebab tak tahu.”

Screenshot 2020 10 23 At 1.13.07 Pm

“Saya rasa ini adalah tindakan yang salah. Kalau nak landaikan lengkungan dan putuskan rantaian, orang patut boleh buat keputusan untuk pergi atau tak. Ketelusan akan bantu putuskan rantaian.”

Screenshot 2020 10 23 At 1.13.49 Pm

“Saya rasa beritahu lokasi adalah jauh lebih penting dari cuba untuk lindungi perniagaan orang. Pokoknya – kami, rakyat ada HAK untuk tahu.”

Pun begitu, ada juga netizen yang menyokong keputusan dari KKM ini.

Screenshot 2020 10 23 At 1.15.25 Pm

“Tindakan untuk tak namakan adalah keputusan yang baik, sama juga dengan merahsiakan identiti pesakit, kenapa? Supaya orang tak akan ambil mudah dengan situasi ni dan hanya pakai pelitup muka dekat tempat yang berisiko, kalau tak sebut nama, orang akan belajar untuk pakai pelitup muka setiap kali tinggalkan rumah.”

Apa pendapat korang? Patut atau tak KKM rahsiakan?

 

Baca: “Jangan salahkan saya” – Dr Hisham Dikecam Sebab Kata Punca Kes Naik Kerana ‘Rakyat Leka’, Rupa-rupanya…

Screenshot 2020 10 23 At 1.30.41 Pm

Sumber: CodeBlue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.