in

“Jangan salahkan saya” – Dr Hisham Dikecam Sebab Kata Punca Kes Naik Kerana ‘Rakyat Leka’, Rupa-rupanya…

Collage 25

Semalam, lepas sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penjelasan nilai R0, ramai netizen tiba-tiba kecam Tan Sri Dr Hisham Abdullah di Twitter. Apa kes?

Dikatakan, sebuah akhbar telah mengeluarkan artikel dengan tajuk “Rakyat Leka Dengan SOP Bukan Sebab Pilihan Raya.” Disebabkan ini, ramai netizen yang tak puas hati disalahkan gara-gara peningkatan kes yang mendadak berlaku sekarang ini.

Screenshot 2020 10 19 At 12.31.37 Pm Down 1

Jangan salahkan saya…

Ekoran terlalu banyak kecaman dan kata-kata kesat yang dilemparkan, Dr Hisham telah menjelaskan di Twitter mengatakan tajuk dari akhbar tersebut misleading dan telah pun ditukar.

Jangan salahkan saya sebab tajuk dari Malay Mail. Mereka dah tukar semula tajuk. Mesej saya terang dan jelas, tolong bantu putuskan rantaian Covid-19.

Tolong duduk di rumah dan jaga keselamatan. Tapi kalau ada urusan penting, tolong ikut SOP.”

Hm tak pasal-pasal je Dr Hisham kena kecam, tak ingat langsung dah ke apa yang dia buat dari mula sampai sekarang nak perang Covid-19 ni?

 

Baca: “Pulang ke kampung ‘bahaya'” – Dr Noor Hisham Gesa Penduduk KL, Selangor & Putrajaya Duduk Di Rumah, Takut Jadi Pembawa Virus

Screenshot 2020 10 19 At 12.47.13 Pm