Bagi mereka yang mengikuti perkembangan misi Global Sumud Flotilla, ramai sudah sedia maklum yang kapal yang dinaiki penyanyi dan aktivis Heliza Helmi telah ditahan tentera Israel.
Sama seperti aktivis lain yang sudah ditahan, Heliza turut memaklumkan dia telah ditahan menerusi laman sosial rasmi Sumud Nusantara Official.
Nama saya Heliza Helmi, saya warganegara Malaysia, jika anda melihat video ini maksudnya saya sudah ditangkap dan telah dibawa secara paksa oleh IDF.
“Misi kemanusiaan ini adalah aman tanpa sebarang unsur keganasan dan sepenuhnya mematuhi peraturan antarabangsa.
“Saya segera merayu kepada kerajaan Malaysia terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan saya serta-merta dan tanpa syarat,” katanya.
Artikel berkaitan: “450 batu nautika lagi…” – Konvoi Sumud Flotilla Kian Hampiri Kawasan Perairan Dikuasai Israel
Artikel berkaitan: “Kami tidak akan gentar” – Diserang Dron, Aktivis Sumud Flotila Tidak Akan Berundur
Heliza dedah perbualan dengan pihak Israel
Dalam pada itu, sebelum ditahan, Heliza sempat berkongsi di dalam sesi live detik pihaknya berkomunikasi dengan pihak Israel ketika berada di dalam kapal.
Menurutnya, kapal flotila Alma yang dinaiki sudah pun merentasi kawasan zon merah dalam usaha menghantar bantuan kemanusian ke Gaza. Namun pihaknya berdepan dengan ugutan dan halangan daripada rejim Zionis.
Ketua kami (kapten kapal flotila) memberitahu bahawa kami hanya membawa bantuan kemanusiaan. Kami hanya bawa makanan dan bekalan bantuan.
“Kalian telah membuat genosida ini terlalu lama, banyak sebenarnya orang yang telahpun terbunuh disebabkan oleh korang, macam tulah lebih kurang,” katanya.
View this post on Instagram
Video kejadian itu menurut Heliza walau bagaimanapun tidak dapat dikongsikan kerana tidak mempunyai rangkaian internet.
Tambahnya lagi, pihak Israel juga mengemukakan syarat untuk menyerahkan barang bantuan yang dibawa oleh kapal tersebut kepada mereka di pangkalan, untuk diberikan kepada rakyat Gaza.
Namun ‘cadangan’ tersebut telah ditolak oleh kapten kapal yang tidak percaya dengan helah Israel.
Saya terdetik dalam hati, Ya Allah SWT, bagaimana hendak menghantar maklumat ini? Bagaimana hendak menyampaikannya? Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
“Saya sendiri tidak tahu sama ada rakan-rakan lain mempunyai internet atau tidak,” katanya yang kemudian membuat live SOS apabila berjaya memperolehi internet.
Heliza juga sempat memuat naik video tiga jam yang lalu di Instagram, memaparkan situasinya di dalam kapal sebelum disahkan telah ditahan oleh pihak IDF.
View this post on Instagram
Selain Heliza, adiknya, Hazwani Helmi yang turut berada di kapal yang sama juga difahamkan ditahan dalam insiden berkenaan.
Dalam pada itu, dilaporkan Zizi Kirana, aktivis Farah Lee, PU Rahmat merupakan antara belasan rakyat Malaysia yang ditahan bersama puluhan delegasi antarabangsa lain yang menyertai konvoi kemanusiaan tersebut.