Kisah dua beradik, Rahman dan Dollah yang kehilangan enam ahli keluarga akibat kemalangan maut di Segamat pada September lalu amat meruntun jiwa semua.
Difahamkan, Dollah yang merupakan satu-satunya individu yang terselamat kini menunjukkan perkembangan positif.
Sementara itu, ramai dilihat mengambil berat tentang dua beradik ini dan mereka tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Minta Nak Tengok Gambar Jenazah Ibu, Netizen Sebak Lihat Reaksi Mangsa Nahas Kemalangan 6 Beranak Menangis
@kay.rule7
Walau bagaimanapun, sikap segelintir tetamu yang datang menziarah telah menimbulkan rasa kurang senang bagi pihak keluarga ini.
Perkara itu diluahkan oleh bapa saudara mereka, Mohd Hairul yang mesra dipanggil Pak Long di TikTok baru-baru ini.
@kay.rule7
Pak Long memberi teguran secara umum yang mana dikatakan ada tetamu meminta Dollah melakukan tarian chicken dance serta dimuat naik menerusi media sosial.
“Kalau paklong cakap jangan ambil hati ya. Datanglah ziarah, paklong alu-alukan cuma janganlah paksa Dollah buat itu, buat ini.
“Macam kurang sesuai. Berbuallah, maaf ya. Ini hasrat kami semua, tolong paklong ya,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang sempat melihat video tersebut terkejut apabila Dollah disuruh melakukan tarian berkenaan meskipun mahu menggembirakan hati remaja tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial meminta orang ramai supaya beradab sewaktu menziarahi remaja tersebut.
Dalam pada itu, netizen turut mencadangkan agar keluarga Pak Long mengehadkan kehadiran tetamu untuk memberi ruang kepada Dollah dan abangnya.
Hormatlah tuan rumah, ada cara yang lebih elok untuk gembirakan hati mereka.
Sumber: TikTok