p/s : Sebelum korang baca artikel ini, sedikit peringatan mesra bahawa gambar yang penulis akan paparkan dalam artikel ni sedikit kejam, kepada mereka yang takut, ibu mengandung atau yang ada sakit jantung make sure korang betul-betul ready baru tengok okay.
Anak kerat anggota badan ibu kepada beberapa bahagian
Tak tahu salahnya dimana! Tindakan kejam dilakukan seorang anak kepada ibunya apabila dia bertindak membunuh dan mengerat ibunya kepada beberapa bahagian.


Lebih melampau lagi apabila anggota badan Cik Yuree, 42 tahun yang dipotong itu disumbat ke dalam peti sejuk.
Namun mengejutkan juga apabila pelaku, Sira 20 tahun yang merupakan anak kepada mangsa menembak dirinya sendiri dalam kejadian di rumah di bandar Tha Kham, Thailand, lapor Sinar Harian.
Mayat Cik Yuree, 42, dipotong beberapa bahagian iaitu, kepala, badan, lengan dan kaki ditemui di dua lokasi berasingan iaitu di dalam peti ais dan tandas, manakala Sira, 20, ditemui di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.”



Mengikut cerita rakan mangsa, sebelum kejadian, Yuree yang bekerja di salah sebuah syarikat kewangan tak hadir ke tempat kerja tanpa memaklumkan kepada sesiapa.
Disebabkan itu, rakan mangsa pergi ke rumah Yuree dan berjumpa anak mangsa, Sira yang ketika itu sedang menangis dan mengadu yang ibunya tak pulang.
Rakan mangsa pelik, anak mengadu ibu tiada di rumah tapi…
Tapi rakan mangsa jadi pelik sebab kereta Yuree berada di luar rumah pada ketika itu, dia kemudiannya terus menghubungi polis.
Tidak lama selepas itu, satu bunyi tembakan kedengaran di dalam rumah dan mendapati anak lelaki mangsa yang juga pelajar tahun kedua di universiti itu menembak dirinya sendiri.”
“Setibanya polis di rumah tersebut, mereka mendapati suspek masih hidup sebelum dia dibawa ke hospital Nakhon Thon untuk dirawat namun suspek tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di hospital berkenaan,”- Kolonel Krissana Pattanacharoen


Siasatan awal polis mendapati yang suspek merupakan pesakit mental yang mengalami simptom paranoia dan kemurungan.
Namun sehingga kini polis masih belum mengetahui punca kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.