Kalau korang pernah tengok Kdrama ‘Extraordinary Attorney Woo’, mesti korang boleh relate dengan kisah kejayaan seorang graduan dari Univeristi Utara Malaysia ni. Walaupun menghidap sakit Cerebral Palsy, kisah graduan ini ternyata membuatkan ramai terharu.
@japensabah Kekuatan Semangat Ibu Bapa Kunci kejayaan Muhd Amirul Asyraf Biarpun berdepan ranjau beronak berliku, Muhd Amirul Asyraf bin Md Asri tetap menggagahkan sepenuh kudrat untuk bergelar Graduan Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian Universiti Utara Malaysia (UUM). Selepas tujuh tahun mengharung cabaran demi segenggam ijazah, anak sulung daripada lima adik beradik ini membuktikan tiada yang mustahil dalam kehidupan selagi kudrat masih ada menongkat diri agar impiannya tercapai. Cahaya mata kepada Md Asri bin Alian dan Halipah Bachok ini tidak pernah mengganggap Cerebral Palsy yang dikurniakan Tuhan kepadanya adalah satu kekurangan malah ia adalah amanat untuk beliau terus mensyukuri nikmat Allah SWT. Sepanjang perjalanan dalam dunia pendidikan tinggi, anak jati berasal daripada Lahad Datu, Sabah itu acap kali menyatakan terima kasih kepada keluarga, sahabat dan pensyarah yang sanggup berjuang bersama-sama sehingga beliau menamatkan pengajian dengan jayanya. Ikuti perkongsian saudara Muhd Amirul bin Md Asri bersama Jabatan Penerangan Sabah untuk sama-sama kita ambil pengajaran serta pedoman agar anak-anak muda di luar sana khasnya menghasilkan lebih banyak kejayaan demi kejayaan.
♬ original sound – Jabatan Penerangan Sabah – Jabatan Penerangan Sabah
Genggam ijazah undang-undang lepas 7 tahun
Menerusi hantaran di TikTok Jabatan Penerangan Sabah, graduan yang bernama Muhd Amirul Asyraf bin Md Asri sedang naik ke atas pentas untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian semasa majlis istiadat konvokesyen Universiti Utara Malaysia.
Amirul Asyraf berjaya mendapat ijazah tersebut setelah tujuh tahun berada dalam pengajian. Pada asalnya ijazah itu akan habis pada tahun 2020 tetapi disebabkan masalah kesihatan, dia terpaksa menangguh pengajiannya beberapa kali.
Pernah tertekan sebab kawan habis awal
Bukan itu sahaja Amirul Asyraf yang sedang menghidap sakit Cerebral Palsy mengakui semasa belajar, dia beberapa kali rasa tertekan kerana melihat rakan-rakannya yang sudah habis pengajian.
Masalah kesihatan bolehkan lagi, kalau balik.. mampukah lagi mahu teruskan..terfikirlah juga mahu give up.
Selain itu, Amirul Asyraf mengakui bahawa subjek undang-undang agak susah tetapi dia tidak berputus asa untuk belajar besungguh-sungguh, rajin bertanya kepada pensyarah dan berbincang dengan rakan-rakan.
Walaupun subjek susah, yang penting sebenarnya cara kitalah macam mana mahu belajar tu kan.
Artikel berkaitan: Suka Bertukar Duka, Graduan Terima Berita kematian Bapa Ketika Tunggu Giliran Ambil Skrol
Artikel berkaitan: Naib Canselor UiTM Tegur Trend Graduan ‘Beraksi’ Dengan Jubah Konvo Untuk Content
Sokongan ibu bapa
Ibu bapa Amirul Asyraf, Md Asri bin Alian dan Halipah Bachock ini juga tidak pernah menggangap Cerebral Palsy adalah kekurangan malah mengganggap sakit itu adalah kurniaan Tuhan dan amanat untuk mensyukuri nikmat Allah SWT.
Anak jati berasal dari Lahad Datu, Sabah itu acap kali menyatakan terima kasih kepada keluarga, sahabat dan pensyarah yang sanggup berjuang bersama-sama sehingga tamat pengajian dengan jayanya.
Sekarang, Amirul Asyraf sedang melakukan chambering di salah satu firma guaman di Lahad Datu.
Di ruangan komen, ramai netizen kagum dengan kejayaan yang diperoleh Amirul Asyraf. Mereka juga menyamakan Amirul Asyraf sama seperti watak Woo Young Woo dalam cerita ‘Extraordinary Attorney Woo’.
Tahniah Amirul Asyraf! Inspiring betul!
Sumber: TikTok