in

“Macam Daffy Duck ada lah..” – Gadis Sanggup Buat 15 Pembedahan Demi Dapatkan Rupa Barbie Tapi…

Macam Barbie Ke

Hanya kerana keinginannya yang tinggi untuk mempunyai muka seperti Barbie, seorang gadis sanggup jalani 15 pembedahan!

Lebih dahsyat lagi, kesemua pembedahan itu dilakukan dalam masa setahun! Andrea Ivanova, 22, adalah seorang pelajar di sebuah universiti dekat bandar di Bulgaria. Menurut Mirror, Andrea memulakan transformasi dirinya pada tahun lepas.

Saya mungkin buat pembedahan lebih 15 kali sejak 2018. Saya tak kira, jadi mungkin lebih daripada itu.”

Andrea Before
sumber: news corp

Kata Andrea, dia mempunyai impian untuk kelihatan seperti idola plastik dia tu sejak masih kecil lagi. Disebabkan itulah, tahun lepas dia membuat keputusan nekad untuk jalani pembedahan.

Menurut Andrea, untuk membuatkan bibirnya tebal, dia akan suntik hyaluronic acid dan ‘refills‘ setiap kali dia nampak bibir dia dah mula mengecut.

Andrea7

Andrea1
sumber: news corp

Bagaimanapun, jumlah kos pembedahan tidak didedahkan tetapi kata Andrea sejak dia buat transformasi macam ni memang ramai lelaki yang ajak dia buat seks dan sanggup bayar untuk khidmat tu tapi dia tolak.

Kebanyakannya sanggup bayar saya 10,000 Leva (RM24,113.58). Jumlah tu memang banyak, tapi saya tolak. Saya tak buat benda sebegitu (seks) untuk dapat duit.”

Lepas gambar dia viral di internet, ramai warganet yang terkejut dan gelakkan Andrea kerana transformasi dirinya yang berlebihan. Malah ada yang cakap wajah asal dia jauh lebih cantik berbanding ‘muka Barbie’ dia sekarang ni.

“Macam Daffy Duck ada lah.”

“Macam mana dia bercakap dengan mulut yang pelik macam tu?”

“Jujur saya cakap, saya rasa dia lagi cantik sebelum pembedahan.”

“Nak muntah tengok muka dia.”

“Doktor yang buat muka dia jadi pelik macam ni layak masuk penjara.”

Andrea Before After
sumber: news corp

Admin pun rasa muka dia sebelum pembedahan cantik. Nampak sweet je, tapi tulah… Setiap orang ada keinginan masing-masing, walaupun pelik tapi itu yang buat dia happy kan…

Baca: “Ingatkan semua natural beauty. Rupanya..” – 10 Aktres Bollywood Terkenal Ni Rupanya Pernah Buat Plastic Surgery!

Bollywood Beauties