in

“Macam beli rumah!” – 1 Petak ‘Parking’ Di Hong Kong Ini Terjual Dengan Harga RM5 Juta

Macam Beli Rumah 1 Petak Parking Di Hong Kong Ini Terjual Dengan Harga Rm5 Juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berapa banyak duit yang anda sanggup gunakan untuk membeli satu petak parking?


Kalau soalan ni ditanya pada seorang penduduk di Hong Kong, jawapannya adalah 10 juta Hong Kong dollars (kira-kira RM5 juta).

How Wide Is A Parking Space Scaled 1 E1622948608179
Gambar hiasan

Lapor Business Insider, petak parking yang dijual dengan harga HK$10 juta itu terletak di kawasan pembangunan mewah Mount Nicholson. Difahamkan, rumah-rumah disini mampu mencecah harga lebih HK$77 juta (sekitar RM40 juta).

Menurut sales director bagi cawangan Centaline Property Agency di The Peak, William Lau, beliau mendedahkan petak parking yang dijual pada bulan lalu itu adalah petang parking paling mahal di Hong Kong.

Large Mount Nicholson1 E1622948497720

Jelas Lau lagi, bagi pemilik rumah di Mount Nicholson, harga HK$10 juta bagi satu petak parking adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan harga pangsapuri yang didiami mereka.

“Penduduk di sini membeli petak parking dengan harga yang mahal untuk kegunaan mereka dan bukanlah untuk pelaburan. Mereka memerlukan ruang untuk meletakkan kenderaan bukannya untuk menyimpan wang mereka,” tambah Lau.

Pada 2017, kawasan pembangunan Mount Nicholson mendapat reputasi sebagai alamat paling mahal di Asia selepas dua pangsapuri mereka dijual dengan jumlah harga HK$1.16 billion.

21 Borrett 624X532 1 E1622948672115

Pun begitu, gelaran bagi alamat paling mahal di Asia kini dipegang oleh projek perumahan 21 Borrett Road selepas seorang pembeli telah membayar HK$459.4 juta bagi sebuah pangsapuri pada awal tahun ini.

Sumber: Business Insider

Baca: Berebut ‘Parking’ Punya Pasal, Wanita Ini Tanda Tempat Letak Kereta Guna Pad Berdarah

Feature 1 1 E1622949083795

Sumber: Qi Homes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.