in

Berebut ‘Parking’ Punya Pasal, Wanita Ini Tanda Tempat Letak Kereta Guna Pad Berdarah

Feature 1 1 E1622949083795

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini pernah viral di negara kita tentang segelintir individu yang menanda parking dengan kon atau objek yang tidak dibenarkan, kali ini ada yang lebih ekstrem. Isu parking ni kalau tak bertolak ansur, memang boleh bawak gaduh. 

Menurut portal Coconuts.co, dua orang wanita di Thailand bergaduh gara-gara berebut tempat letak kenderaan di kawasan rumah mereka sehingga salah seorang daripada mereka bertindak menggantung pad (tuala wanita) untuk menanda parking.


Pad 1

Yang lagi dahsyat, pad tersebut dikatakan ada darah! Isu ini bermula apabila wanita yang dikenali sebagai Lek yang juga merupakan pemilik kedai dikatakan menggantung tuala wanita berkenaan di ampaian baju yang diletakkan di kawasan itu.

Namun, wanita yang dikenali sebagai Noi pula mengabaikan ampaian tersebut dan dia tetap memarkir keretanya di spot tu. So, disebabkan tak puas hati, Lek menghempas ampaian tadi ke kereta Noi.

Pad 2

Patsaphong Boodthai iaitu Ketua Polis Daerah Rat Burana berkata kedua-dua wanita itu tinggal di bangunan yang sama di Kheha Suksawat dan difahamkan, mereka ni dah lama tak puas hati antara satu sama lain sebab parking.

Sebelum ini, Lek dikatakan pernah membuang najis kepada kereta Noi sebab mengalihkan ampaian baju miliknya untuk parkir kereta di situ. Noi pula membalas dengan cara membuang pasu ke arah kedai Lek.

Kedua-dua mereka enggan bercakap antara satu sama lain dan telah memfailkan aduan kerosakan harta benda. Menurut Pranee Ruangbuntham iaitu peniaga mee di situ, petak parkir tersebut sebenarnya hak milik bersama menggunakan konsep siapa cepat, dia dapat.

Gambar tersebut mula viral di Facebook setelah dimuat naik oleh Panida Thongmanee yang selalu ke kawasan itu untuk makan mee. Namun, dia ambil keputusan untuk ambil gambar pad tergantung tu sebab baginya, perniagaan di situ akan bermasalah jika isu terbabit tidak diselesaikan secepat mungkin.

Pihak polis akan memanggil kedua-dua wanita untuk berbincang dan berunding tentang masalah ini. Ampaian baju dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga telah diambil oleh polis sebagai bahan bukti.

Sumber: Coconuts.co

Baca: “Bapak pengotor” – Netizen Jijik Tengok Wanita Ni Cuci Underwear Bekas Darah Haid Pakai Water Heater Hotel

Pad

Sumber: Facebook
Sumber: Coconuts.co

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.