in

“Macam bagus tapi merosakkan” – Ini 7 Jenis ‘Toxic Positivity’ Yang Mungkin Korang Tak Perasan

Pagea 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lumrah sebagai seorang manusia, kita tidak lari dari merasakan emosi sedih atau kecewa apabila berlakunya masalah. Ada masanya, kita perlukan pendengar untuk mengurangkan beban emosi yang sedang kita tanggung, atau sekurang-kurangnya menerima pendapat daripada mereka.


Biasanya, kita sendiri akan memberikan motivasi kepada rakan-rakan kita yang menceritakan masalah kepada kita. Tapi jaga-jaga, walaupun niat kita hanya bertujuan untuk memberi individu itu semangat, namun ada ketikanya kita tidak sedar apa yang sedang kita katakan itu sebenarnya satu bentuk toxic positivity.

Baru-baru ini, sebuah ciapan dari ahli psikologi tular di Twitter apabila dia berkongsikan jenis-jenis toksik positiviti yang mungkin sebelum ini pernah kita buat tanpa kita perasan.

Melalui perkongisan tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Aiman Psikologi ini menyatakan lapan contoh toxic positivity yang kita semua tentu boleh relate dalam kehidupan seharian.

1. Tidak memberi ruang untuk merasa ‘tekanan’ masalah itu sendiri

“Hidup ni terlalu pendek untuk kita sedih-sedih. Chill lah!”

Mungkin ramai yang tidak mahu dengar benda ni, tapi tidak ada masalah pun sebenarnya jika kita ingin mengalami perasaan sedih, marah dan tertekan akibat sesuatu masalah. Emosi-emosi itulah yang sebenarnya melengkapkan kita sebagai seorang manusia.

Yang penting, kita tidak terbawa-bawa dengan perasaan tersebut hingga membawa kepada kemurungan dan mendorong kepada perkara-perkara yang tidak elok seperti mencederakan diri sendiri.

Pexels Nathan Cowley 897817

2. Motivasi yang tidak realistik.

“Kau kan dah buat terbaik, confirm berjaya punyalah!”

Kita semua tahu orang yang mengalami tekanan memerlukan pendengar yang baik, tapi itu bukanlah alasan untuk kita memberikan sebarang jaminan yang tidak realistik sebagai ‘penyedap hati’.

Lain ceritanya jika kita mempunyai contoh atau bukti bahawa orang yang mengadu itu betul-betul mempunyai keupayaan itu. Jika tidak, kata-kata itu hanya akan menimbulkan harapan palsu yang berasaskan motivasi tidak sihat.

Woman Therapist Consoling Male Patient 1200X628 Facebook 1200X628 1

3. Tidak meraikan kesilapan

“Jangan berani-berani nak buat silap, eh?”

Sudah tentu ia satu perkara yang baik jika kita dapat melaksanakan satu tugas dengan lancar, namun kita seharusnya sedar bahawa kesilapan juga adalah sebahagian dari proses pembelajaran.

Dari kesilapan, kita dapat mengenal pasti ruang untuk penambah baikan terhadap diri sendiri. Malah, kesilapan yang sepatutnya dielakkan adalah membuat kesilapan yang sama berulang kali.

4. Sembunyikan emosi sebenar dengan emosi palsu

“Aku okay je, sikit je ni…”

Emosi adalah elemen yang membezakan kita dan robot. Tidak seperti robot, segala perasaan dan mood yang kita alami adalah berpandukan emosi yang sedang kita rasa ketika itu.

Walau dalam apa-apa situasi sekalipun, ia bukanlah satu perkara yang sihat untuk kita memalsukan emosi yang sedang kita rasa (seperti sedih, marah, tertekan) di sebalik senyuman semata-mata untuk menjaga hati orang sekeliling.

Depositphotos 168881668 Stock Photo Sad Young Woman Looking Down

5. Membuat orang lain berasa serba salah terhadap emosi mereka

“Kau tak payah nak sedih sangat lah, benda kecik je pun!”

Kadang kala, niat kita untuk menceriakan rakan yang sedang bersedih itu sudah cukup baik. Namun, ada masanya kita tidak sedar jika kata-kata kita membuatkan mereka berasa serba salah terhadap emosi negatif yang sedang mereka alami.

Kita tidak seharusnya memanipulasi emosi individu lain atau cuba memaksa perasaan mereka ke arah bertentangan, memandangkan ia mampu menjejaskan kesihatan mental individu tersebut.

6. Mengalihkan perhatian daripada isu sebenar

“Alah, fail exam je. Time kerja nanti tak tengok pun keputusan tu semua.”

Sudah tentu orang yang sedang berduka memerlukan motivasi yang membuatkan mereka tidak terlalu terbawa-bawa masalah itu hingga mempengaruhi hidup mereka. Menjadi positif saja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah seseorang.

Misalnya, ia bukan satu benda yang aneh untuk kita memujuk rakan kita yang gagal dalam peperiksaan. Namun, perlu ada juga perbincangan untuk mencari apakah solusi untuk rakan kita dapat meningkatkan prestasinya selepas itu.

7. Membandingkan masalah peribadi

“Alah, kau punya hal kecik je. Aku dulu lagi teruk kena.”

Untuk menjadi seorang pendengar yang baik, kita tidak sewajarnya membandingkan masalah orang lain dengan pengalaman kita sendiri. Ingat, ini bukanlah satu pertandingan.

Setiap individu mempunyai masalah tersendiri, dan setiap orang juga ada cara yang berbeza untuk menghadapi masalah itu. Mungkin benar kita sendiri pernah mengalami masalah yang lebih teruk, namun itu bukanlah masa yang sesuai untuk kita buat perbandingan.

Jarang ada orang yang tengah serabut ceritakan masalah sendiri, nak dengar masalah kita pulak.

360 F 297833313 Gz7Fvpwphduix9F01Yrhjix5Dthqb6B8

Mungkin ada juga individu yang tak mempunyai masalah dengan isu-isu di atas, namun penerimaan setiap orang berbeza, kan?

Jadi, mana-mana yang kita rasa boleh relate dan merasakan perkara itu tidak baik untuk kesihatan mental orang lain, seeloknya kita elakkan, okay? Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter

Baca: Babak Siri Layangan Putus Buat Ramai Buka Mata Tentang Sifat Toksik Dalam Sesebuah Perhubungan

15

Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.