“Maafkan kami adik. Kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar…”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hati mana tak tersentuh apabila mendengar kisah tentang anak-anak pelarian Syria yang kehilangan ibu bapa serta tempat tinggal. Apabila Muhammad Jantan memuat naik foto-foto anak-anak ini di laman Facebook, ramai yang terusik saat melihat tingkah laku anak-anak ini.

Melalui perkongsian Presiden Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ini, Muhammad yang kini berada di Turki dalam misi bantuan pelarian Syria telah merakam momen ketika dua adik beradik sedang berbuka puasa.

“Semalam Allah pertemukan saya dengan dua beradik ini, melihat sendiri wajah seorang abang membawa juadah berbuka puasa yang kami sediakan kepada adiknya telah memberi satu kesan pada diri saya.”

Sumber: Facebook

Menurutnya, si adik menanti kedatangan abangnya dengan wajah penuh harapan akan makanan yang bakal mereka jamah untuk berbuka puasa. Apabila makanan tersebut tiba, wajah si adik tiba-tiba berubah menjadi sangat gembira.

Barangkali si adik telah lama tidak merasa makanan seperti ini. Itu yang terukir senyuman di wajah seorang gadis kecil yang kini menjadi pelarian, mungkin juga telah kehilangan kedua-dua orang tuanya.”

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Momen yang berlaku di hadapan mata ini telah memberinya makna akan erti syukur pada diri anak-anak pelarian tersebut. Menurutnya lagi, tingkah laku kanak-kanak tersebut secara tidak langsung telah membuat dia merasa betapa tidak bersyukurnya kita atas rezeki yang dikurniakan Tuhan.

Ya Allah, kami di Malaysia sampai membazir Ya Allah.”

“Maafkan kami adik. Kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar,” luahnya sedih.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Perkongsian ini telah menyentuh hati netizen yang rata-rata amat terkesan melihat gambar-gambar kanak-kanak tersebut. Ada juga di antaranya meluahkan niat untuk mengambil anak-anak tersebut sebagai anak angkat kerana jatuh hati melihat kecomelan mereka.

Allahuakhbar. Semoga kamu tidak kelaparan lagi dik. Kami di Malaysia dah tahap apa dah kalau bab membazir makanan.” 

Kesian tengok. Rambut kusut masai, tak terurus. Ada ke suasana macam ini di Malaysia? Agak-agaknya dah lama mereka tak rasa juadah semacam ini. Raut muka ternganga melihat abang bawa makanan.”

Alahai comelnya kamu berdua. Rasa macam nak ambil duduk sekali dengan auntie. Main-main dengan anak auntie. Tak sampai hati tengok kamu berdua.”

Teruskan usahamu para sukarelawan di tanah bergolak seperti Syria dan Palestin. Semoga anak-anak ini dilindungi dari sebarang bahaya. 

Baca: Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!