Sejak PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikuatkasakan minggu lepas, bermacam-macam alasan yang orang awam berikan untuk membuat permohonan rentas negeri, antaranya hendak memancing dan hantar kucing. Lapor Berita Harian.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata sejak 5 Oktober lalu pihaknya menerima 990 permohonan untuk rentas negeri.
7 daripadanya terpaksa ditolak kerana memberi alasan tidak munasabah.
Ada juga memberikan alasan yang tidak masuk akal untuk keluar dan masuk daerah zon merah.
Selain itu ada juga di antara mereka yang memohon untuk rentas daerah kerana mahu berjumpa rakan dan bersukan di kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.”
Dalam pada itu, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya yang bermula 14 Oktober lalu, sebanyak 21 tangkapan telah dilakukan 22 kompaun atas pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, membawa lebih penumpang, tidak mendaftar sebelum memasuki premis dan tidak menyediakan alat pengimbas suhu di premis.”
Tambahnya lagi selepas perlaksanaan PKPB di Putrajaya, pihaknya sudah ambil tempoh 2 hari untuk memberi nasihat kepada masyarakat.
Kini individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan terus dikenakan tindakan.
Baca : “Benarkan sektor ekonomi sahaja” – KKM Mahu Pelaksanaan PKPB Diperketat