in

Lompat Bangunan Kerana K-pop?

104943G6Kafyfxyyxyyq3W

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Obses pada k-pop di negara kita memang dah lama berlaku. Ada sesetengah peminat tu yang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli tiket artis idaman dorang. Pun begitu, terlalu obses pada sesuatu perkara pun tak elok jugak sebenarnya.


Seperti baru-baru ini yang berlaku di negara kita, terdapat seorang gadis berusia 16 tahun berani melompat dari tingkat dua bangunan sekolahnya, hanya kerana k-pop. Seriously?

Menurut WOB, pihak sekolah remaja berkenaan mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada jam 9.45 pagi selepas dimaklumkan oleh guru kelasnya.

Semasa kejadian, pengetua tengah ronda satu sekolah, dan dimaklumkan yang mangsa dah melompat dari tingkat dua salah satu block sekolah tu.”

Capture
gambar hiasan

Tambahnya, mangsa bernasib baik sebab tempat yang dia jatuh tu atas tanah lembut. Sejurus selepas kejadian, mangsa terus dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Bukit Mertajam.

Menurut makcik kepada remaja berkenaan, dia mendakwa bahawa mangsa menelan enam pil tidur pagi semalam sebab tak dapat tidur sepanjang hari.

Mangsa bertindak sedemikian kerana bawah pengaruh pil tidur,” kata pihak berkuasa.

Tambahnya, dia mendakwa bahawa mangsa sering tidur pada waktu pagi sebab terlalu obses dengan drama, artis Korea dan bermain game.

gambar hiasan

Kata pengetua, mangsa langsung tak ada masalah disiplin dekat sekolah. Sekolah itu juga tak ada maklumkan apa-apa penyakit yang dihidapi oleh remaja tersebut.”

Kesan daripada jatuh dari bangunan sekolah tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada tulangnya. Mangsa dilaporkan sedar dan dalam keadaan yang stabil. Doktor jugak memberitahu punca remaja itu bertindak sedemikian kerana makan ubat tidur dalam kuantiti yang terlalu banyak sehinggakan bertindakan di luar kawalan.

Walaupun makcik mangsa menekankan bahawa tindakan mangsa adalah bukan percubaan membunuh diri, namun kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Enam biji pil tidur?? Banyaknyaaaa! Korang kat luar sana kalau tak boleh tidur tu, jangan sampai telan ubat tidur banyak-banyak pulak eh!

Baca: Kenali Isaac Voo, Individu Pertama Dari Malaysia Berjaya Jadi Penyanyi Kpop

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.