in

“Lockdown je terus”- Kalau Kes Covid-19 Bertambah, PKP Mungkin Dilanjutkan Hingga Jun

Feature 1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan bilangan kereta yang semakin bertambah di jalan raya walaupun tempoh perintah kawalan pergerakan masih lagi dijalankan. Ramai yang dah berani ingkar nampaknya. 


Sikap rakyat yang masih berdegil dan ingkar dengan arahan ini akan menyebabkan kes positif Covid-19 akan semakin bertambah. Korang ingat kita ni kebal ke dari virus membunuh ni? 

Polis 1 1

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, jika keadaan ini berterusan, berkemungkinan besar PKP ini akan dilanjutkan sehingga Jun hadapan, lapor Berita Harian.

Mulai hari ini, PKP fasa ketiga bermula dan tindakan yang lebih tegas akan diambil jika ada yang berani melanggar arahan polis dan keluar rumah sesuka hati.

Jalan 2

Fasa ketiga ini juga merupakan saat genting jika kita benar-benar mahu memutuskan rantaian penularan wabak ini.

Rata-rata netizen menggesa kerajaan untuk mengarahkan perintah berkurung disebabkan ramai yang masih mengambil mudah dengan wabak ini.

Lockdown

Kalau macam ni lah gayanya, memang tak raya lah kita tahun ni. 

Baca: “Elok lockdown je” – Pelik! Jalan Raya Depan IOI Mall Puchong Sesak ‘Luar Biasa’ Waktu PKP

Jalan

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.