in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?

Jadi macam biasa, #LobakMerahTOP5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.


1. Rumah Sharifah Aini dirobohkan

20180215 Sharifah Aini House 01 Malaymail

Banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya kini tinggal kenangan apabila dilaporkan telah pun dirobohkan atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu.

Ekoran ramai yang sedih melihat banglo dua tingkat milik Sharifah Aini ini roboh, anak tunggalnya, Aliff Omar Ali mengatakan bahawa keputusan untuk menjual rumah tersebut ada satu perkara yang terbaik walaupun sedih untuk dilakukan.

Aliff juga berharap orang ramai dapat menerima keputusan yang dibuat olehnya itu dengan terbuka.

Untuk pengetahuan korang, kediaman terbabit telah diratakan untuk pembinaan bangunan tiga tingkat dan wakil syarikat pemaju memberitahu hartanah itu dibeli pada harga kira-kira RM4 juta.

Artike berkaitan: “Hanya tinggal kenangan” – Banglo Mewah 2 Tingkat Milik Sharifah Aini Dirobohkan

2. Norjuma minta dipanggil dengan gelaran ‘Datin Che Puan’

Capture 18

Satu klip video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed yang meminta wartawan memanggilnya dengan gelaran ‘Datin Che Puan Norjuma’ telah meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, Norjuma yang juga usahawan tudung menyatakan dia selesa dengan panggilan itu dalam satu sesi temu bual bersama wartawan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status terkininya, Norjuma mengakui masih mempunyai suami namun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

@hariznazzir Datin Che Puan Norjuma ? Datin Norjuma muncul di Kota Bharu. #newyork #norjuma #CopBorak ♬ original sound – Hariz Nazzir

Artikel berkaitan: “Wartawan pun terkedu” Bekas Personaliti TV, Norjuma Habib Minta Dipanggil ‘Datin Che Puan’

3. Childfree jadi trend?

Childfree

Konsep childfree ini dilihat sudah mula meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. Buktinya, kewujudan pasangan ini dapat dilihat menerusi satu video yang kini sedang tular di TikTok ini.

Dalam video tersebut, pasangan ini telah menjelaskan sebab kenapa mereka memilih untuk tak mahu mempunyai anak dan turut mengatakan yang mereka tak kisah untuk tinggal bersama suaminya di rumah orang tua.

Selain itu, mereka turut mengatakan keputusan ini telah dibuat sejak sebelum berkahwin selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk kewangan, masa dan kerjaya.

@kool101my “Kami bahagia je berdua, ada anak ni membebankan…” Tahukah anda sedar bahawa tahun ini negara kita mungkin mengalami penurunan kadar kelahiran terendah dari tahun sebelumnya? Sebab itu lah dikatakan kadar kelahiran di Malaysia ‘kritikal’? Adakah kerana ramai pasangan yang memang tidak mahu ada anak? Atau kerana faktor ekonomi? Atau kerana ramai yang kahwin di hujung usia? Tapi macam pasangan dalam video ini, yang memang taknak anak, salah ke? Mereka bahagia je dan tak perlu risaukan perbelanjaan untuk isi rumah yang lain iaitu anak. Anda rasa bagaimana? 🤔⬇️ Dengarkan Kool 101 di MyTV 716, di frekuensi Lembah Klang 101.3 FM dan di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint ♬ original sound – Kool 101

Artikel berkaitan: “Saya & suami ok je duduk rumah orang tua” – Pasangan ‘Childfree’ Kongsi Sebab Enggan Ada Anak

4. Video tular, anjing Husky didera

553 1

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seekor anjing jenis Husky telah ditampar berkali-kali oleh tuannya sebelum beredar.

Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai netizen bengang dan marah terhadap sikap si pelaku itu, malah ada yang turut mempertikaikan keputusan pemilik yang membela anjing baka ini jika hanya ingin menderanya.

Mujur, anjing terbabit telah pun diselamatkan oleh aktivis haiwan, Shima Aris yang memberanikan diri bertemu dengan pemilik anjing tersebut sebelum dibawa ke sebuah klinik haiwan.

Menurut Shima, pemilik mendakwa memukul anjing tersebut kerana kencing merata-rata dan suka merosakkan perabot di rumah.

Mengulas lanjut, Shima menyatakan anjing itu dilihat sangat trauma dan berada dalam ketakutan.

Shima dalam pada itu tidak menyangka pemilik anjing baru berusia lingkungan 20-an dan mendakwa dia adalah seorang figura yang dikenali dalam bidang sukan.

Difahamkan, anjing Husky yang dinamakan sebagai Kitster itu sedang berada dalam jagaan baik di sebuah klinik haiwan untuk rawatan dan pemulihan.

Artikel berkaitan: Tular Didera Teruk Oleh Tuan Sendiri, Anjing Husky Telah Berjaya Diselamatkan

5. Isu baju Olimpik

Rizman

Selepas kecaman teruk daripada netizen berkenaan pakaian rasmi kontinjen kebangsaan bagi sukan Olimpik Paris 2024, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melancarkan pakaian rasmi baharu buat atlet-atlet kebangsaan.

Menerusi kenyataan rasmi MOM, reka corak baharu yang dipilih adalah berlatarbelakangkan warna hitam, dengan belang Harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di sebelah hadapan dan di belakang jaket.

Selain itu, kontinjen Malaysia dikhabarkan bakal memakai busana baju Melayu daripada pereka terkenal tanah air iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ketika perasmian Sukan Olimpik tersebut.

Menurut Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin baju itu akan diperkenalkan kepada umum dalam masa terdekat.

Tak cukup dengan itu, baru-baru ini timbul lagi satu kontroversi baru yang juga berkaitan dengan pakaian atlet Olimpik apabila MOM membuat pengumuman di mana kasut para atlet akan ditaja oleh jenama Skechers dan ia menimbulkan kemarahan ramai kerana jenama itu menyokong kuat negara Israel.

Ekoran ini, ramai menganggap keputusan itu tidak wajar kerana banyak lagi jenama tempatan yang jauh lebih layak untuk dibawa ke pentas antarabangsa itu.

Artikel berkaitan: Teruk Dikecam, MOM Bakal Lancarkan Seragam Baru Untuk Olimpik Paris?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.