in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

collage 7 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?

Jadi macam biasa, #LobakMerahTOP5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.


1. Kes pembunuhan Zayn Rayyan

zayn1 1 1024x734 1

Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan pada Disember tahun lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan hakim mahkamah.

Mahkamah kemudian telah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan sebutan kes ditetapkan pada 26 Julai ini.

Selepas pendakwaan ini, tular satu kenyataan di media sosial daripada sebuah group Telegram berkenaan kes kematian kanak-kanak autistik itu.

Ekoran ini, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu Zaim Ikhwan Zahari, tidak menolak kemungkinan meminta perlindungan tambahan daripada pihak polis terhadap anak guamnya yang kini dibebaskan dengan jaminan.

Mahmud Jumaat, peguam yang mewakili Ismanira (ibu Zayn) berkata dia juga akan mempertimbangkan untuk meminta perlindungan tambahan bagi Ismanira.

Sementara itu, pihak polis akan membuat siasatan terhadap pihak yang menyebarkan maklumat tersebut.  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan mereka yang terlibat.

Artikel berkaitan: “Bukti kena cukup padu” – Ramai Tak Faham Dakwaan Ke Atas Ibu & Bapa Zayn Rayyan, Ini Penjelasan Peguam…

2. Kontroversi Ustaz Don Daniyal

Ustaz Don

Baru-baru ini, penceramah bebas Ustaz Don Daniyal telah menerima kritikan dari pendakwah-pendakwah lain mengatakan yang dia telah menggunakan hadis-hadis palsu dalam ceramahnya.

Ekoran kontroversi ini, RTM telah mengeluarkan kenyataan mengatakan yang Ustaz Don akan direhatkan dari menyertai program Salam Baitullah. Namun malam semalam, Ustaz Don dilihat telah bersiaran semula selepas direhatkan sementara.

Tapi, pembabitan Don Daniyal Don Biyajid dalam program Salam Baitullah nampaknya berakhir selepas dia sekali lagi mencetuskan kontroversi malam tadi.

Tindakan ke atas pendakwah selebriti itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman.

Malah Suhaimi memberi bayangan kekecewaannya ekoran kontroversi tersebut di akaun X peribadinya.

Artikel berkaitan: Ustaz Don Daniyal Reda, Akui Terkhilaf Dan Akur Direhatkan Dari Bersiaran Di RTM

3. Bella Astillah, Aliff Aziz sah bercerai

BELLA ASTILLAH MAHKAMAH

Pelakon Bella Astillah telah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Mereka berdua telah bersetuju dengan terma dan Aliff melepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya.

Menerusi Instagram, Bella telah menulis luahan dan mengakui sudah banyak peluang diberikan namun telah disia-siakan.

Tak cukup dengan itu, Bella turut menitipkan ucapan tahniah kepada bekas sahabatnya, Ruhainies kerana telah berjaya meruntuhkan rumah tangganya.

Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.”

Manakala Aliff berkongsi, dia kini dalam fasa berehat sebentar dalam kerjaya seni bagi mengutamakan kesihatan mental.

Artikel berkaitan: “Dia ibu kandung anak-anak kami” – Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak-anak Kepada Bella

4. Faisal Halim buat kemunculan pertama selepas tragedi disimbah asid

cdn4.premiumread.com

Faisal Halim atau juga dikenali sebagai Mickey membuat penampilan sulung dalam satu sidang media yang diadakan di Shah Alam, Selangor semalam.

Dalam sidang media itu, kelihatan keadaan Faisal Halim semakin baik namun bahagian muka serta lengannya dipenuhi dengan parut akibat simbahan asid tersebut.

Faisal yang juga bintang Selangor FC itu dengan penuh hiba memberitahu dia sanggup kehilangan gaji berpuluh ribu yang diperolehinya daripada menjadi pemain bola sepak asalkan dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, Faisal memberitahu dia yakin dengan keselamatan yang dijanjikan dengan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato’ Sri Shahril serta menghargai suntikan semangat daripadanya dan semua yang mendoakan kesihatannya.

Artikel berkaitan: Faisal Halim Menitis Air Mata, Dedah Tak Dapat Peluk Anak Walaupun Dah Keluar Wad

5. Kakak dedah adik ditahan AADK tanpa sebab

306930d5 df4e 48fd b5d2 051a60c48098 1

Tular satu ciapan di aplikasi X di mana seorang individu berusia 22 tahun dilaporkan hilang selepas pulang bekerja. Individu berkenaan dilaporkan hilang oleh ahli keluarga apabila dia tidak dapat dihubungi ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menaiki MRT.

Keesokan paginya, kakak individu yang hilang ini memberitahu bahawa adik lelakinya itu telah pun selamat ditemui.

Menurut @syaidailmuna, adiknya yang bernama Muhammad Daanish itu didatangi oleh dua orang individu dipercayai pegawai Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) secara tiba-tiba dan meminta kad pengenalannya sebelum menahannya dan diletakkan ke dalam lokap bersama penagih lain.

Sepanjang penahanan tersebut, lelaki ini tidak diberikan peluang untuk menghubungi keluarganya bagi memberitahu tentang keadaan yang menimpa dirinya.

Pagi ini, bila urine didapati clear, mereka lepaskan adik saya bersama 4 lagi orang individu yang mereka randomly tangkap.”

Perkongsian ini telah membuatkan ramai netizen marah dengan tindakan AADK yang telah menangkap orang secara random tanpa penjelasan yang jelas.

Ekoran ini, AADK mengeluarkan kenyataan menceritakan kronologi yang berlaku semasa penahanan tersebut dan mengatakan, pemuda tersebut ditahan kerana berkelakuan mencurigakan.

AADK mengakui tindakan dokumentasi telah mengambil masa tertentu disebabkan jumlah bilangan tangkapan dibuat pada kadar yang ramai dan menegaskan bahawa proses penahanan individu tersebut tidak melebihi tempoh 24 jam dan ia dianggap masih mematuhi SOP yang ditetapkan dalam APD (Rawatan dan Pemulihan ) 1983.

Artikel berkaitan:“Bila check urine clear” – Dilaporkan Hilang Sejak Petang Semalam, Individu Dedah Adik Rupanya ‘Ditahan’ Tanpa Sebab

Sumber: HibGlam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.