in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak keep up.


Tapi pada masa yang sama mesti korang pun nak tahu apa isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang kan?

Jadi macam biasa, #LobakMerahTop5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Joms!

1. BCL dikecam gara-gara melawat Al-Ula

Screenshot 2024 01 12 At 3.51.09 Pm

Selepas mendirikan rumah tangga bersama Tiko, Bunga Citra Lestari telah pergi menunaikan umrah bersama suami dan anaknya serta turut membuat badal umrah mewakili allahyarham Ashraf Sinclair.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila Bunga telah kongsikan gambar-gambarnya melawat Kota Al-Ula selepas selesai menunaikan umrah.

Perkongsiannya ini telah mendapat kritikan netizen yang rata-ratanya mengatakan bahawa kota tersebut merupakan tempat yang dilarang oleh Rasulullah serta dilaknat Allah.

Ekoran ini, Bunga telah pinned beberapa komen yang menjelaskan kota dilaknat yang dimaksudkan itu bukanlah Kota Al-Ula tetapi Madain Salleh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Al-Ula.

Artikel berkaitan: Kunjungi Al-Ula Selepas Buat Umrah, Netizen Kecam Bunga Citra Lestari & Keluarga

2. Hamdan Senario meninggal dunia

2475299

Pelakon dan pelawak kumpulan Senario, Hamdan, 54, menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat jam 12.40 tengah hari tadi di Johor Bahru selepas ditidurkan akibat jangkitan kuman dalam darah dan komplikasi buah pinggang.

Berita pemergian Hamdan ini jelasnya telah memberikan kesan yang mendalam buat ahli-ahli kumpulan lawak ini yang masih rapat sejak dari awal kemunculan mereka. Mereka dilihat turut bersedih dan menangis ketika mengiringi pengebumian sahabat mereka itu.

Al-fatihah…

Artikel berkaitan: Titip Pesanan Ketika Pemergian Sahabat, Kata-kata Saiful Apek Ini Buat Orang Ramai Tersentuh

3. Aman Graseka minta bantuan rakan-rakan artis kerana hidup susah?

2481483 1

Baru-baru ni agak kecoh dikalangan selebriti apabila ada di antara mereka telah menerima mesej meminta bantuan dari pelakon lama, Aman Graseka yang dikatakan sedang dalam kesusahan.

Perkara ini mendapat perhatian ramai apabila Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera telah memuat naik mesej menunjukkan Aman meminta bantuannya. Shiera mengatakan, ada rakan-rakan artis lain juga turut menerima mesej yang sama.

Ekoran ini, pelakon Ellie Suriaty mendakwa bahawa kegiatan meminta bantuan daripada rakan artis ini dilakukan isteri Aman Graseka. Jelasnya, dia pernah cuba hubungi Aman, tetapi dikatakan isterinya itu banyak berdalih seperti tidak membenarkan orang bercakap dengan suaminya itu.

Tak cukup dengan itu, bekas isterinya Mas Idayu turut meminta Aman supaya menghubungi anak mereka untuk meminta pertolongan sekiranya dia betul-betul susah seperti didakwa. Ini kerana, anak mereka ini dikatakan dah enam tahun tak dapat berhubung dengan bapanya gara-gara nombor telefon dan media sosial disekat.

Artikel berkaitan: “Dah 6 tahun lost contact” – Anak Aman Graseka Masih Berharap Dapat Tolong Bapa Walau Nombor Di ‘Block’

4. Fathia Latiff cetus kontroversi lepas gelar Zahirah MacWilson ‘bibik’

553 1

Pelakon, Fathia Latiff telah menjadi tumpuan netizen apabila dia telah mengkritik pasangan pelakon suami-isteri, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson dalam satu sesi live baru-baru ini.

Perkara ini berlaku selepas salah seorang netizen telah meletakkan komen membandingkan Zahirah yang dikatakan jauh lebih cantik berbanding Fathia.

Susulan dari ini, Fathia turut bergaduh secara terbuka dengan rakan yang pernah rapat dengannya dulu, Zarina Anjoulie selepas Anju memberikan komennya mengenai kritikannya terhadap Zahirah dan Aiman.

Macam yang korang tahu, sebelum ini Fathia pernah bercinta dengan Aiman namun percintaan mereka tak kekal lama dan Aiman telah pun mendirikan rumah tangga bersama Zahirah dan dikurniakan dengan seorang anak berusia dua tahun dan bakal menimang cahaya mata kedua mereka.

Disebabkan ini, Fathia turut memuat naik gambarnya bersama Aiman di Instagram peribadi serta turut memuat naik keratan akhbar lama di mana Aiman mengatakan yang dia masih sayangkan Fathia.

Menerusi percakapan bersama Caprice, Fathia mengakui yang dia dah tak ada perasaan terhadap Aiman namun dia melakukan perkara ini kerana ada menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya itu.

Tak pasal-pasal je…

Artikel berkaitan: Fathia Latiff Tak Mengaku Ganggu Rumah Tangga Orang, Akui Ada Simpan Dendam Dengan Aiman Hakim Ridza

5. Putera Mateen selamat bernikah dengan Dayang Anisha

Prince Mateen 010224 759969C16761417996Bee1Cef4Deb381

Putera dari Brunei Darussalam yang terkenal dengan ketampanan serta personalitinya, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah selamat diijabkabul bersama pasangannya, Dayang Anisha Rosnah dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja, semalam.

Untuk pengetahuan korang, Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja ini dijadualkan akan berlangsung selama 10 hari di mana ia telah pun dimulakan dengan Istiadat Bersuluh Diraja pada Isnin lalu dan akan berakhir dengan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan dilangsungkan pada 14 Januari 2024 di Istana Nurul Iman.

Artikel berkaitan: “Baru tahu!” – Ini Penjelasan Kenapa Putera Mateen Sebut ‘Ringgit’ Ketika Lafaz Akad Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.