in

“Level confident tinggi”- Netizen Puji Keberanian Adik Zaza Berucap Di Persidangan ASEAN Tempoh Hari

collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keberanian itu bukanlah satu sifat yang mudah untuk seseorang tonjolkan. Pasti ada sedikit rasa takut dan gentar yang dapat kita rasakan jika kita dipilih untuk berucap di hadapan orang ramai.

Namun, kanak-kanak berusia 12 tahun ini membuktikan bahawa sifat berani itu dapat kita sematkan dalam diri.


Sebuah video tular, menunjukkan seorang kanak-kanak yang juga dikenali sebagai adik Zaza sedang memberikan ucapan pembukaan di Persidangan Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57.

Artikel Berkaitan: “Pandai cover!” – Netizen Geli Hati Lihat Momen Adik Ini Tersasul Semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2005

Artikel Berkaitan: Idea Luar Biasa Ibu Bapa Siapkan Busana ‘Fashion Show’ Merdeka Anak Undang Perhatian Netizen

@mama_zaza_nonie terima kasih miti. pengalaman kedua zaza bg speech depan Menteri Asean & Menteri dr pelbagai negara. semoga Miti Terus Sukses. @tzafrul_aziz #speech #mamazaza #miti thank u En Hamzah dan En Azmir@azmirmusyabri @hamzah_samsuddin ♬ original sound – MAMA❤ZAZA

Video itu meraih banyak pujian netizen kerana keberanian yang ditonjolkan oleh adik Zaza di persidangan tersebut. Walaupun baru berusia 12 tahun, itu bukan penghalang untuk adik Zaza menyerlahkan bakatnya.

Menerusi informasi yang sempat kami terima daripada ibu adik Zaza, jemputan ke persidangan tersebut diterima dari pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia. 

Sebelum ini, ketika baru berusia 10 tahun, adik Zaza juga pernah menghadiri persidangan ASEAN untuk menyampaikan ucapan pembukaan di hadapan 14 menteri ASEAN yang hadir.

Screenshot 2025 09 26 134801

Disebabkan kekangan latihan tarian yang disertainya, adik Zaza hanya mempunyai lima hari untuk membuat persiapan ucapan tersebut. Lebih mengagumkan, adik Zaza berjaya menghafal teks ucapan itu hanya dalam tempoh sehari sahaja.

Keberanian yang ditunjukkan adik Zaza membuatkan ramai netizen kagum dan bangga, apatah lagi kepetahannya berucap di hadapan menteri-menteri ASEAN langsung tidak menunjukkan rasa gugup.

Ibu kepada adik Zaza turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anaknya, malah menyeru ibu bapa di luar sana agar sentiasa menyokong dan mendorong minat anak-anak.

“Selalu bagi galakkan kepada anak-anak untuk mencuba sesuatu yang baharu. Terus bagi galakkan kepada mereka”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji ‘level confident’ yang ada pada diri adik Zaza.

Screenshot 2025 09 26 135603Screenshot 2025 09 26 135621

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.