in

Lepas Tok Pa dan Anifah Aman, Hishamuddin Pulak Akan Keluar UMNO?

Hisham Next

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, netizen dan mereka yang mengikuti perkembangan politik negara kecoh lepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed umum keluar UMNO lepas 40 tahun berkhidmat dengan parti tu. Tak sampai tempoh 24 jam, Datuk Seri Anifah Aman pulak umum yang beliau pun keluar daripada UMNO.



Apa sudah jadi? Menurut Astro AWANI, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga antara nama yang mungkin meninggalkan parti tu. Uish! Malah menurut sumber, beliau dah pun adakan pertemuan dengan PM, Tun Dr Mahathir selama 2 jam di Putrajaya semalam.

81512795412 Hishamuddinhuseein
sumber: astro awani
Kadiaq
sumber: facebook 

Macam manapun, berita ni masih tak dapat disahkan pihak Astro AWANI. Sementara tu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sahkan yang ada beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar dari parti tersebut. 

Tapi Bung tak nak sahkan berapa ramai dan siapa mereka yang terbabit.

81537335919 Bungmokhtar
sumber: astro awani

“Memang akan ada lagi Ahli Parlimen yang akan keluar daripada UMNO. Namun, enam Ahli Parlimen UMNO di Sabah akan tetap kekal bersama UMNO,” kata Bung.

Sama-samalah kita nantikan siapa MP yang disebut-sebut akan keluar dari UMNO tu.

Baca: UMNO Anjur Kursus Berdemo, Belajar Nak Jadi Pembangkang Baik

Umnuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.