in

Lepas Sajat, Safiey Illias Didakwa Bakal Berhijrah & Mula Kehidupan Baru Di Bangkok?

Safiey Bakal Pindah Duduk Bangkok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini, usahawan penuh kontroversi, Nur Sajat memilih untuk berhijrah dan memulakan kehidupan di Australia, nampaknya ada ura-ura mengatakan ‘rakan seperjuangannya’, Safiey Illias juga bakal melakukan hal yang sama.


Menurut Harian Metro, spekulasi mengenai Safiey yang katanya bakal berhijrah ke Bangkok, Thailand timbul apabila dia dakwa telah menjual kesemua aset yang dimilikinya termasuklah rumah, isi rumah dan kereta mewah miliknya.

Pindah

 

“Kita tak tahu mungkin rezeki saya di sana pula” 

Safiey atau nama sebenarnya, Mohd Safiuddin Illias, 26, berkata, keputusannya untuk berpindah ke Bangkok itu adalah antara perancangan yang sudah diatur selain menyifatkan ia adalah pilihan terakhir untuk kehidupan yang lebih baik.

Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.

“Soal dikatakan bakal berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik. Kita tidak tahu mungkin rezeki saya di sana pula. Lagi pula tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Lama saya menyepi kan. Hampir 2-3 bulan . Dengan IG lama saya yg 1.1juta followers tu dh didelete oleh pihak IG sendiri,…

Posted by Safiey Ilias on Saturday, January 29, 2022

Dalam pada itu, dia juga katanya sangat terharu apabila masih mendapat sokongan netizen menerusi komen dan DM di Instagram.

“Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula. Dulu saya tak sedar sangat perkara ini. Tapi bila dalam situasi sekarang, dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat.

“Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman. Kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu,” tambahnya lagi.

64147149 2713294768698166 2788212087602544640 N

Hasil tinjauan di Facebook milik usahawan ini, Safiey juga ada mengatakan yang dia kini berada di kampung untuk rehatkan diri sebelum berdepan dengan kes mahkamah pada 3 Mac nanti.

Pun begitu, keputusannya untuk pindah ke Bangkok masih lagi dalam perancangan kerana dia masih menyayangi Malaysia serta ibu dan ayahnya.

Safiey

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat Safiey. Jalan untuk berubah ke arah baik itu masih ada. Harap dia kembali ke pangkal jalan. 

Baca: “Rasa seperti dilahirkan semula” – Sajat Berjaya Tukar Status Jantina?

Sajat

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.