in

Lepas Michelle Yeoh, Kini Anak Jati Malaysia Menang Emmy Pula! Kenali Joy Ngiaw, Komposer Hebat Siri ‘WondLa’

Syaz Ft 2026 03 09T103734.436

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka dalam diam-diam, ada lagi anak seni kelahiran Malaysia yang sedang ‘mendunia’ dan menggegar pentas Hollywood! Kalau sebelum ini kita semua tumpang bangga dengan kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar, kali ini nama seorang komposer muda, Joy Ngiaw, pula menjadi sebutan selepas beliau berjaya merangkul anugerah berprestij, Emmy Award.

Kejayaan Joy Ngiaw ini bukanlah kaleng-kaleng ya, kerana beliau baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Outstanding Music Direction and Composition for an Animated Program menerusi hasil kerjanya yang sangat memukau dalam siri pengembaraan sci-fi popular, WondLa, yang ditayangkan di Apple TV+.


Artikel berkaitan: Anak Malaysia, Syabira Diangkat Sebagai Juara ‘Great British Bake Off’!

Artikel berkaitan: Ingatkan Orang Singapura, Rupanya Watak Dalam ‘Can This Love Be Translated?’ Ini Dari Malaysia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joy Ngiaw (@joyngiaw)

Apa yang mengagumkan, Joy pernah bekerjasama rapat dengan pengarah legenda industri animasi iaitu John Lasseter, individu hebat di sebalik filem kegemaran ramai, Toy Story.

Skor muzik yang dihasilkan Joy untuk siri animasi trilogi daripada Skydance Animation ini memang sangat luar biasa kerana ia menggabungkan elemen orkestra yang gah dengan sentuhan vokal yang cukup unik. Patutlah juri-juri kat sana terus terpikat dan bagi trofi tu kat dia!

“Harap lebih ramai anak muda dari Malaysia mengejar bakat dalam bidang seni” – Joy

Bercakap kepada Lobak Merah, Joy meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada seluruh pasukan kreatif WondLa kerana mempercayai bakatnya untuk menggalas tanggungjawab besar itu.

Beliau juga berharap kemenangan ini dapat menjadi pembakar semangat buat anak muda di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara supaya terus berani mengejar impian dalam bidang seni masing-masing.

Kemenangan ‘Emmy’ ini adalah sesuatu yang sangat bermakna, dan saya berharap ia akan menjadi pembakar semangat buat lebih ramai anak muda yang berjiwa seni dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk mengejar impian mereka dalam bidang seni,” katanya.

Snapinsta.to 620505185 18549389557048235 3862480105132790284 N

Sebagai info, beliau dilahirkan di Malaysia sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian di Berklee College of Music dan mula mencipta sejarah sebagai komposer termuda yang pernah menggubah muzik untuk logo studio besar. Malah, nama beliau juga pernah tersenarai dalam kempen Apple “Here’s to the Dreamers” yang mengetengahkan bakat kreatif terbaik di rantau kita.

Bukan itu sahaja, sebelum ini Joy juga sudah banyak terlibat dalam pelbagai projek besar antarabangsa seperti Barbie Mysteries di Netflix, Rescued by Ruby dan juga filem terbitan Monkeypaw Productions.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan yang cukup mendalam buat semua anak muda yang memasang impian untuk mengikut jejak langkahnya. Selain menasihati agar kita semua sentiasa percaya kepada keunikan suara dan cerita sendiri, selain terus gigih mengasah bakat serta kekal dengan perasaan ingin tahu yang tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BAFTA North America (@baftaus)

Walaupun perjalanan menuju kejayaan itu tidak selalunya mudah, Joy menegaskan bahawa latar belakang dan pengalaman unik setiap individu sebenarnya adalah kekuatan yang paling besar.

Jadi, janganlah kita rasa kerdil atau takut untuk menonjolkan diri, kongsikan idea hebat yang ada, dan tunjukkan kepada dunia apa sebenarnya yang mampu kita tawarkan sebagai anak seni.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.