Menerusi Twitter, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kluster baru telah dikesan di Kuala Lumpur iaitu Kluster Maju.
Menurut FMT, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Maju itu setakat ini mencatatkan 3 kes positif.
“Di Kuala Lumpur terdapat satu kes warganegara membabitkan Kluster Maju. Selain itu, terdapat dua kes import bukan warganegara yang tiba dari luar negara.”
“Di Selangor pula terdapat dua kes import membabitkan bukan warganegara yang tiba dari luar negara.”
Sementara itu, terdapat satu kes baru dikesan di Sarawak yang membabitkan bukan warganegara yang menjalani saringan sebelum pulang ke negara asal. Selain itu, tiga kes baharu membabitkan Kluster Tawar di Kedah dikesan hari ini.
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1296733662822555649
Baca: [TERKINI] 9 Kes Baru, 13 Kes Sembuh & TIADA Kematian Dilaporkan Hari Ini