in

“Lepas ayah hilang, suspek hilang” – Anak Sabari Baharom Dedah Bapa Sering Beri Suspek Guna Air & Elektrik

Anak Dedah Suspek Dengan Sabari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak sulung kepada pesara Felcra yang dicampakkan ke dalam Sungai Padang Terap di Wang Tepus, Jitra, Suraiya Izzaty, 29 telah meluahkan rasa terkilannya atas apa yang terjadi ke atas bapanya, Sabari Baharom, 62.

Menurutnya, bapanya melayan suspek dengan sangat baik sehingga ke tahap memberi suspek gunakan air dan elektrik bagi pembinaan rumah jiran.


Kami terkilan kerana sebelum ini ayah melayan suspek dengan baik, ayah tidak pernah cerita ada masalah dengan dia.

“Ayah memang tidak suka cakap buruk pasal orang, saya dapat tahu suspek selalu datang rumah ayah untuk menggunakan air dan elektrik bagi pembinaan rumah jiran, tetapi kami tidak pernah bertemu,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 01 At 4.36.00 Pm 750X563 1

Menurut Suraiya, bapanya tak pernah bercerita hal buruk mengenai suspek dan mereka langsung tidak menyangka lelaki itu tergamak bertindak sedemikian.

Saya tidak tahu apa motif sampai dia (suspek) sanggup bertindak kejam, ayah juga tidak pernah beritahu dia ada masalah dengan suspek atau apa-apa perkara yang mencurigakan sebelum ini.

“Selepas ayah hilang, suspek turut menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga dia ditangkap polis baru-baru ini,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: “Sanggup buang ayah dalam sungai” – Dipercayai Dib*nuh, Ini Kronologi Kehilangan Sabari Baharom

Artikel berkaitan: Kes Kehilangan Lelaki & Keretanya Dibakar, Polis Tahan Seorang Wanita 62 Tahun

Bapa sering beri buah-buahan kepada suspek 

Dalam satu video TikTok yang tular juga, rakaman suara dari anak ketiga mangsa memberitahu bahawa bapanya baru sahaja mengenali suspek antara 4 ke 5 bulan lepas.

Namun disebabkan sikap peramah bapanya, lelaki itu sering memberi suspek buah-buahan dan perkara itu membuatkan anaknya keliru mengapa bapanya diperlakukan sebegitu kejam.

@ms.umii8_

Replying to @𝕃𝕐ℕ𝔻𝔸 ℝ♡𝕊𝔼 anak beritahu baru kenal 4 5 bulan #sabari

♬ orijinal ses – Bilge Kaan

Dalam pada itu, jiran kampung juga memaklumkan pihak polis ada membawa kedua-dua suspek ke rumah mangsa bagi tujuan lakonan semula pada Ahad lalu.

Difahamkan pada hari kejadian, mangsa pulang ke rumah selepas keluar berjumpa kawannya dan suspek mengambil mangsa sebelum dibawa ke Jitra.

Al fatihah… semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini. 

Sumber: Kosmo, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.