in

Lepas 10,000 Tak Hadir di Kelantan, Lebih 6,000 Orang Pula Tak Datang Suntik Vaksin di Negeri Sembilan

Ft Vaksin9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika baru-baru ini hampir 10,000 penduduk di Kelantan gagal hadir ke janji temu suntikan vaksin, terbaru lebih 6,000 dilaporkan tidak datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 bagi menerima suntikan dos fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Negeri Sembilan.


Difahamkan ia berlaku di lapan PPV di negeri itu sejak April hingga hari ini, lapor Malaysiakini. Menurut Exco Kesihatan negeri S. Veerapan, tidak menyemak aplikasi MySejahtera menyebabkan mereka terlepas temu janji ditetapkan adalah antara alasan yang diberikan.

“Selain itu janji temu di PPV jauh dari kediaman, warga emas pula sukar ke lokasi PPV kerana tiada yang boleh menghantar mereka, merupakan antara alasan lain yang diberi oleh mereka. Terdapat individu memberi alasan mempunyai kontak rapat atau positif Covid-19.”

Vaksin3 1

Susulan itu, dia menasihati orang awam supaya mengambil serius mengenai janji temu suntikan vaksin masing-masing dalam usaha memerangi penularan virus itu yang kini sangat membimbangkan di Malaysia.

Setakat ini, 17 kluster aktif dilaporkan di Negeri Sembilan terdiri daripada:

  • Empat kluster tempat kerja
  • Empat kluster komuniti
  • Lima kluster dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan
  • Dua kluster golongan berisiko iaitu kluster pendidikan dan pusat tahanan

Buat masa ini tiada lagi kluster ziarah Aidilfitri dikesan di Negeri Sembilan dan kebanyakan kluster yang ada pada hari ini adalah kluster tempat ibadat seperti masjid dan gereja.”

Baca: “Dengar berita negatif punca jadi takut” – Hampir 10,000 Penduduk Kelantan Tak Datang ‘Appointment’ Cucuk Vaksin

Ft Vaksinkelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.