in

Selangor Catat Penurunan 35% Penggunaan Katil Pesakit Covid-19 – JKN Selangor

3Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilangan kes jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 22,597 dan Negeri Selangor merekodkan sebanyak 5,814 kes. Daripada jumlah itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan pecahan kes mengikut kategori untuk seluruh negara seperti di bawah.

Screenshot 2021 08 29 At 2.03.38 Pm

Terkini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor) melaporkan penggunaan katil melibatkan pesakit Covid-19 di hospital-hospital dalam negeri Selangor telah menunjukkan penurunan sebanyak 35% setakat semalam


Berkata kepada Berita Harian, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, data daripada Bilik Gerakan JKNS menunjukkan Bed Occupancy Rate (BOR) telah menurun sebanyak 35% dalam tempoh 28 hari bermula 1 Ogos 2021.

BOR pesakit Covid-19 pada 1 Ogos adalah sebanyak 101%, manakala 28 Ogos adalah sebanyak 65%.

Ini adalah kadar secara keseluruhan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di Selangor yang menempatkan pesakit Covid-19.

Screenshot 2021 08 29 At 2.19.56 Pm

Dr. Sha’ari juga berkata, peratusan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 juga menunjukkan penurunan berbanding kategori 1 hingga 3.

Tambah beliau lagi, penggunaan tangki oksigen menunjukkan penurunan, iaitu 82.8% pada 1 Ogos, dan 35.12% pada 27 Ogos. Ini secara langsung menunjukkan keadaan bertambah baik di hospital-hospital Negeri Selangor.

Min harap, angka tersebut terus turun dan kita dapat sama-sama keluar dari pandemik Covid-19 ni cepat-cepat.

 

Baca: “Lagi sinar harapan” – Pesakit Covid-19 Perlu Bantuan Oksigen Di PKRC MAEPS 2.0 Kurang 5 Kali Ganda

Screenshot 2021 08 29 At 2.21.24 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.