in

“Lemak badan tinggal kosong peratus” – Remaja 12 Tahun Dirantai, Didera & Mati Kebuluran Dalam Motel

Eduardodera

Ketika budak 12 tahun Eduardo Posso dibawa ke Hospital Bloomington, Indiana, kandungan lemak dalam badan dia 0%! Menurut sumber, budak lelaki itu mati tak lama selepas dia diselamatkan di dalam Motel.

Eduardo di rantai, di dera dengan teruk dan dibiarkan kebuluran sejak beberapa tahun lalu. Bapa 33 tahun Luis Posso dan ibu tiri Dayan Median Floresm 26 tahun ini bekerja di sarkas. Mungkin dah biasa zalimi haiwan, sampai anak sendiri pun tak kisah kot.

 

Anak-anak lain dijaga dengan rapi

Tapi mereka berdua ni ada lagi anak 3 orang tapi elok je dijaga rapi, ada tempat yang selesa dan dilindungi lagi.

Koroner County Monroe, Jonie Shields berkata bahawa seluruh badan Eduardo penuh dengan lebam dan beratnya hanya 50 sekitar 22 kg pada masa kematiannya.

Sementara itu, ibu bapanya menjelaskan bahawa mereka hanya nak denda dia sebab “nakal daripada anak-anak lain.”

Dirantai, didera dan mati kebuluran. Lemak badan 0%

Posso dan Flores selalunya akan menghabiskan masa mempromosikan pertunjukan sarkas di negara mereka. Difahamkan, mereka berdua tinggal di Monroe County hotel bersama dengan keempat-empat anaknya.

Terbaring dalam bath up motel, ahli lain keluar masuk sambil biarkan dia terikat disitu

Kejadian ini terbongkar apabila polis menemui satu rakaman daripada telefon bimbit yang menunjukkan Eduardo di biarkan didalam tab mandi.

Sepanjang video tersebut, Flores dan anak-anaknya yang lain hanya berjalan keluar masuk sambil abaikan Eduardo, sampai seolah-olah dia tu tak wujud.

Penyiasat ada jumpa gambar Eduardo dan dia ada menunjukkan rantai yang digunakan untuk ‘ikat’ Eduardo ni.

“Saya tak boleh nak fikir, dalam masa 30 tahun, kes ini memang pelik. Ia memang lain daripada yang lain sepanjang saya bekerja. semua orang yang terlibat dengan kes ini terganggu dan terus teteringat sampailah mereka pencen,malah  penghujung kehidupan kita … Maksud saya, memang tak terungkap dengan kes penderaan ini,” – Monroe County Sheriff Brad Swain

 

Foto rantai yang digunakan untuk ikat Eduardo

Bagaimanapun pasangan ini telah membiarkan anaknya mati kelaparan, bahkan siap mengejek lagi dengan mengamb il gambar selfie saat dia sedang tenat dan sakit. Kedua-dua manusia tak guna ni telah dikenakan tindakan unang-undang.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa Posso dan Flores akan berhadapan dengan hukuman membunuh.

Selain itu, timbalan menteri sheriff menjelaskan bahawa kes itu akan merangkumi banyak bidang kuasa memandangkan keluarga tu berpindah begitu kerap.

Buat masa ini mereka berada di Penjara County Monroe, Posso dan Flores. Bagaimanapun, pasangan tersebut menafikan bahawa anaknya mati akibat kebuluran. Tengok muka terus jadi marah.

Baca : “Musibat punya jantan” – Kanak-kanak 2 Tahun Koyak Hati, Pendarahan Pankreas Dan Lebam Usus Didera Bapa Tiri Sampai Mati

Dera