in

Lelaki Tetak Rakan Sebilik Kerana Berdengkur Terlalu Kuat

Z1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi perhatian media dan netizen selepas ditangkap kerana menetak rakan sebilik menggunakan parang kerana berdengkur terlalu kuat pada 10 Februari lalu. Insiden mengejutkan itu berlaku di Wenzhou, Wilayah Zhejiang di China.

Menurut portal tempatan, kedua-dua lelaki itu, Wang dan Hong diarahkan tinggal di bilik dorm yang sama selepas dengkuran mereka mengganggu tidur rakan sebilik yang lain sebelum ini.


Kedua-dua mereka kuat berdengkur, jadi syarikat meletakkan mereka di dalam bilik yang sama,” kata pegawai polis yang mengendalikan kes.

Kalau dah dua-dua kaki dengkur, memang bising lah kan.

Bunyi dengkuran yang terlalu kuat mengganggu rakan sebilik yang lain menyebabkan mereka tidak dapat tidur yang nyenyak. Makin hari, kesabaran mereka semakin hilang, termasuklah Hong.

Pada hari kejadian, mereka bertengkar dan Hong dikatakan berdendam dengan rakan sebiliknya itu. Kau sabar jap!

Apabila tiba waktu malam, Hong sudah hilang kesabaran dan dengkuran Wang yang kuat menambahkan lagi kemarahannya. Dia kemudian mengorak langkah ke kafeteria syarikat mereka bekerja itu dan mengambil parang sebelum menetak rakan sebiliknya yang sedang tidur.

Z2 1

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditunjukkan, Hong dilihat mengejar Wang sehingga ke koridor dari hujung ke hujung bangunan tersebut. Dah macam dalam filem!

Z3 1

Hong dilihat sedang memegang parang dan lampu suluh sementara Wang pula memegang sehelai selimut dan berlari sekuat hati untuk menyelamatkan dirinya.

Z4 1

Akibat serangan mengejut dari rakan sebiliknya itu, kepala Wang dilaporkan mengalami pendarahan yang teruk.

Wang turut mencuba untuk melindungi dirinya mengunakan selimut itu ketika dikejar sehingga ke penjuru koridor. Malangnya, dia tergelincir di atas lantai dan Hong terus menyerangnya.

Z5 1

Serangan itu berhenti selepas pekerja lain yang tidur di tingkat yang sama terjaga selepas mendengar bunyi riuh di koridor.

Wang kemudian segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan di kepala dan badannya. Hong pula telah pun ditahan oleh pihak polis dan bakal dikenakan penjara selama 10 tahun selepas didakwa dengan serangan yang disengajakan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.