in

Lelaki Tembak Mati Isteri di Bahagian Kepala Kerana Lambat Sediakan Makan Malam

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.


Benar kata orang, apabila dalam keadaan mabuk seseorang itu cenderung dalam melakukan sesuatu tindakan di luar kawalan. Seperti lelaki dari India ini yang telah membunuh isterinya ketika pulang ke rumah dalam keadaan mabuk pada malam 8 Julai lalu.

Menurut BBC News, ketika kejadian Ashok Kumar, 60, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan telah bergaduh dengan isterinya.

Gaduh 1
gambar hiasan

Isterinya, Sunaina, 55, dikatakan kecewa dengan tabiat suaminya yang kaki botol itu dan mahu berbincang namun Kumar sebaliknya meminta wanita itu menyediakan makan malam secepat mungkin.

Berang dengan kelewatan isterinya, Kumar kemudian bertindak menembak wanita itu di kepala. Sebab nak makanan je, sanggup ehhh!

Menurut Pegawai Kanan Polis di Bandar Ghaziabad, mangsa kemudian digegaskan ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

“Kumar telah mengaku bersalah di atas jenayah yang dilakukan dan menyesal dengan tindakannya itu.”

India2
gambar hiasan

BBC turut melaporkan bahawa keganasan rumah tangga merupakan jenayah kekerasan terhadap wanita paling kerap dilaporkan berlaku di negara itu setiap tahun selama lebih satu dekad. Pada tahun 2015, kes keganasan rumah tangga dilaporkan setiap empat minit. Dahsyatnya weh!

Untuk apa berkahwin kalau untuk menyakiti pasangan anda…

Baca: Lelaki Cucuh Muka Isteri Dengan Bara Api Sebelum Tetak Nenek dan Bapa Mertua di Kuala Lipis

Cucuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.