Biasanya berkenaan dengan sijil kematian, ia pasti akan diuruskan oleh pihak lain sebab secara logiknya si mati itu sudah terputus hubungan dengan hal-hal di dunia ini.
Kalau hilang sekalipun, mesti orang terdekat yang akan urus untuk proses pencarian, tapi lain pula dengan hal yang terjadi dekat India ini.
Viral di media sosial dimana satu foto keratan akhbar yang telah memaparkan satu bantuan daripada seorang lelaki yang siarkan iklan mengenai sijil kematiannya sendiri, dia meminta bantuan orang ramai untuk carikan.
It happens only in #India??? pic.twitter.com/eJnAtV64aX
— Rupin Sharma IPS (@rupin1992) September 18, 2022
Dalam iklan tersebut, lelaki itu menyatakan bahawa dia kehilangan sijil kematian tersebut di Bazar Lumding Assam pada 7 September lalu, malah, dia juga meletakkan butiran nombor pendaftaran siri sijil kematian bersama namanya dan bapanya itu.
“Saya kehilangan sijil kematian saya di Lumding Bazar pada tarikh 7 Septermber 2022, kira-kira jam 10 pagi.”
Ianya mencetuskan pelbagai reaksi netizen dan rata-rata geli hati melihat iklan tersebut. Ada juga yang memberi respon lawak sinis mengenai iklan ini.
Mungkin dia salah ayat kot, mungkin dia cuba nak kata milik orang terdekat dia, tapi dia kena pegang lepastu misplace.
Baca : Wanita Dikecam Tergamak Minta Sijil Mati Keluarga Rakan Sebab Nak Jadikan Alasan Tak Balik Kolej