in

Wanita Dikecam Tergamak Minta Sijil Mati Keluarga Rakan Sebab Nak Jadikan Alasan Tak Balik Kolej

Ft Minta Sijil Kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah orang kadang-kadang memang tak sensitif dengan apa yang terjadi kepada nasib malang seseorang apabila ada seorang wanita dengan selamba meminta salinan fotokopi sijil kematian ahli keluarga rakan.


Difahamkan ia bertujuan sebagai alasan untuk mohon cuti ‘kecemasan’, perkara itu dikongsikan menerusi satu luahan daripada ahli keluarga si mati menerusi Twitter dimana dia kongsikan tangkap layar mesej daripada rakannya itu.

“Salam Shera. nanti nak copy surat kematian adik kau boleh? Sebab adik aku tak jadi balik Poli PD. Nak Emergency.”

Menurut ahli keluarga, pertanyaan itu dianggap biadap dan seolah-olah tidak menghormati dan tidak prihatin dengan kesedihan yang menimpa keluarganya.

Dia juga turut mempersoalkan keinginan individu tersebut yang mahu gunakan surat kematian orang lain jika mempunyai kecemasan.

Isu ini timbul kerana difahamkan adik kepada tuan empunya akuan Twitter ini baru sahaja meninggal dunia, jadi dia bertindak untuk kongsikan di media sosial sebagai tanpa peringatan kepada semua orang, bukan ingin memalukan dan pernghinaan.

Screenshot 2022 09 22 150534

Dia turut memesan kepada orang awam jika ingin berurusan dengan keluarga si mati, perlu tanya khabar terlebih dahulu bagi mengelakkan menyinggung prasaan.

“Tujuan saya post benda macam ni untuk kesedaran dan peringatan kepada semua orang, bukan niat nak memalukan atau hina sesiapa. Cuba tanya khabar dahulu dengan cara yang betul. Cara yang salah boleh menyinggung perasaan orang lain.”

“Pukul 5 petang masa beliau tanyakan sijil. Arwah masih lagi tunggu result swab test sebelum dihantar ke Forensik.”

Screenshot 2022 09 22 150920 1

Memandangkan perkongsian ini lebih meraih 10K dalam masa 2 hari, ramai netizen marah dengan sikap wanita tersebut kerana tidak peka dengan situasi semasa yang menimpa.

Malah ia juga mendapat perhatian pihak daripada tuan empunya badan yang meminta surat tersebut dan memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya sebelum memberikan penjelasan.

Menurutnya peminta surat itu merupakan rakan kepada arwah dan mahu menziarahinya buat kali terakhir sebelum pulang ke asrama.

Baca : Dikecam Lepas Pertikai Kematian Adibah Noor, Lelaki Mohon Maaf & Mengaku Jahil

Dib Ar Rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.